Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAF COMMANDER DELIVERS KEYNOTE ADDRESS TO CSC9
TANAH JAMBU, Tuesday, 28 May 2019 – Yang Mulia Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) delivered a keynote address on “The Fourth Industrial Revolution: Its Impact on the Armed Forces and Future Leadership” to the participants of the 9th Command and Staff Course (CSC 9) at the Command and Staff College, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) today.
 
Upon his arrival, the RBAF Commander was welcomed by the Commandant of Defence Academy, Colonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. In his keynote address, the Commander of the RBAF shared his perspective on the opportunities and threats that emerge from the Fourth Industrial Revolution. The RBAF Commander also highlighted the importance for small armed forces particularly RBAF to embrace, adapt and prepare for the future operating environment.
 
Towards the end of the keynote address, Major (U) Pengiran Hairol Iskhandar bin Pengiran Ahmad, the representative from the CSC 9 conveyed his deep appreciation and gratitude to the Commander of the RBAF for delivering an insightful presentation. Yang Mulia Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was also presented with a memento by Major Zhou Nan, an international student from the People’s Republic of China, on behalf of the CSC 9 cohort.
 
After the lecture, the RBAF Commander was invited for a group photo followed by an interactive session with the course participants at the Command and Staff College foyer.
 
The 40-week course, delivered in partnership with Universiti Brunei Darussalam, aims to prepare mid-level officers for higher command and staff appointments by broadening their professional knowledge and perspective, developing command, analytical, decision making and communication skills thereby acting as a catalyst for attitudinal and behavioural change through learning.






PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYAMPAIKAN SYARAHAN KEPADA KURSUS MAKTAB TURUS AP ABDB SESI 09/2019

TANAH JAMBU, Selasa, 28 Mei 2019 – Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini menyampaikan syarahan bertajuk “The Fourth Industrial Revolution: Its Impact on the Armed Forces and Future Leadership” kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sesi 09/2019 di Maktab Turus AP ABDB.
 
Ketibaan Pemerintah ABDB disambut oleh Komandan AP ABDB, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Dalam syarahan beliau, Pemerintah ABDB telahpun berkongsi pandangan mengenai peluang dan ancaman daripada Fourth Industrial Revolution. Yang Mulia Pengiran Dato juga menyentuh mengenai kepentingan Angkatan Tentera kecil terutama sekali ABDB dan pemimpin masa hadapan untuk menerima, menyesuaikan diri dan bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.
 
Sesi syarahan diteruskan dengan Ucapan Penghargaan dari wakil peserta kursus, Mejar (U) Pengiran Hairol Iskhandar bin Pengiran Ahmad dan diakhiri dengan penyampaian memento kepada Pemerintah ABDB yang disampaikan oleh wakil peserta kursus luar negeri dari Republik Rakyat China, Mejar Zhou Nan.
 
Yang Mulia Pengiran Dato seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan sesi interaksi bersama peserta-peserta Kursus Maktab Turus AP ABDB sesi 09/2019.
 
Kursus yang dijalankan selama 40 minggu ini disampaikan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam bertujuan untuk mempersiapkan peserta kursus bagi memegang pangkat dan jawatan yang lebih tinggi dengan memperluaskan pengetahuan profesional dan perspektif mereka disamping bertujuan untuk membina kemahiran mereka dalam bidang pemerintahan, analitikal, membuat keputusan dan komunikasi yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada perubahan sikap dan tingkah laku bagi bakal pemimpin yang menyertai kursus ini.