Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

APPOINTMENT CEREMONY FOR THE 19th INTAKE, OFFICER CADET SCHOOL DA RBAF

TANAH JAMBU, Friday, 13 March 2020 – Appointment ceremony for the Probationary Officer Cadet of Intake 19 was held today at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Tanah Jambu. By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 80 Probationary Officer Cadets were appointed to be Officer Cadets. Present to award the new insignias was the Commander of the RBAF, Yang Mulia Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

The newly appointed 80 Officer Cadets consists of 46 Officer Cadets who will join the Royal Brunei Land Force including 2 recipients of the Royal Brunei Armed Forces Scholarship, 15 Officer Cadets will join the Royal Brunei Navy and 20 Officer Cadets will join the Royal Brunei Air Force.

The 81 Officer Cadets which including one from previous intake have been selected to undergo 52 weeks intense training in OCS where the officer cadets' Military Leadership, character and intellect will be developed to prepare them for their first appointment as newly commissioned officers in the RBAF. Upon successful completion of their training, the officer cadets will graduate in the Sovereign's Parade in January 2021. For the past six weeks, the officer cadets went through basic militarization before they embark on a further 46 weeks of rigorous and intense training.

In attendance at the appointment ceremony were the Services Commanders, Military Directors, Commandants, Senior officers, officers and staff of the DA RBAF.

To bless the ceremony, Doa Selamat was recited by the Lt JG Hj Mohd Syahmi Fakrullah bin Haji Mohd Is'srah RBN, Platoon Commander of OCS DA RBAF. The event concluding with a group photo session with the guest of honour.






MAJLIS PERLANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-19

TANAH JAMBU, Jumaat, 13 Mac 2020 – Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 80 orang Pegawai Kadet Percubaan secara rasminya telah dilantik kepada Pegawai Kadet dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Majlis Perlantikan bagi Pegawai Kadet Percubaan Pengambilan ke-19 telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Seramai 81 Pegawai Kadet termasuk seorang dari pengambil ke 18 telah terpilih yang terdiri daripada 46 orang pegawai kadet Tentera Darat Diraja Brunei termasuk dua penerima Biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 15 orang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Brunei dan 20 orang pegawai kadet Tentera Udara Diraja Brunei.

Pegawai-pegawai Kadet yang telah terpilih akan menjalani latihan selama 52 minggu di Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB akan mempelajari kepimpinan tentera, keperibadian dan pemikiran kritikal yang akan diperkembangkan sebagai persiapan mereka sebagai seorang pegawai di dalam ABDB. Pegawai-pegawai kadet ini akan menamatkan latihan pada bulan Januari 2021. Semasa latihan selama enam minggu, Pegawai Kadet telah menjalani latihan asas ketenteraan sebelum menjalani latihan yang lebih mencabar dan intensif semasa 46 minggu seterusnya.

Majlis Perlantikan dihadiri oleh Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota Akademi Pertahanan ABDB. Bagi memberkati majlis tersebut, doa dibacakan oleh Lt Dya Hj Mohd Syahmi Fakrullah bin Haji Mohd Is'srah, Ketua Platun Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB.