Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAF OFFICERS GRADUATED IN 32ND UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM CONVOCATION CEREMONY

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 2 November 2020 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, The Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD) attended the afternoon session of the 32nd UBD Convocation and presented certificates to graduates of Master's Degree, Bachelor Degree, Graduate Diploma and Diploma at Chancellor Hall, UBD.

Amongst the graduates are officers from RBAF and RBPF who have completed Command and Staff Course in 2019 and 2020, and were awarded Graduate Diploma in Defence and Security Studies. Three officers who pursued additional module after completing the Command and Staff Course also received Master of Defence and Security Studies during the convocation.

RBAF has been collaborating with UBD since 2019 as the main academic provider for Command and Staff Course (CSC), which aims to expand the professional and academic knowledge towards contemporary strategic environment and its implications on their works being the defence and security specialists. After completing the CSC, the officers have the opportunity to further their study in Master of Defence and Security Studies in UBD.





PEGAWAI-PEGAWAI ABDB MENAMATKAN PENGAJIAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-32 UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAI, Isnin, 2 November 2020 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Lanjutan dan Diploma di Majlis Konvokesyen ke-32 UBD pada sesi petang bertempat di Dewan Canselor, UBD.

Di antara graduan yang menerima ijazah tersebut ialah pegawai-pegawai ABDB dan PPDB yang telah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus pada tahun 2019 dan 2020 dan dikurniakan Graduate Diploma in Defence and Security Studies. Manakala, seramai 3 orang pegawai yang melanjutkan pengajian di UBD dengan mengikuti modul tambahan selepas menghadiri Kursus Maktab dikurniakan Master of Defence and Security Studies.

ABDB telah bekerjasama dengan UBD sejak tahun 2019 sebagai pembekal akademik bagi Kursus Maktab Turus dan bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam mempelajari isu-isu strategik pada masa kini serta kesannya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pegawai-pegawai yang menamatkan kursus ini mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke Master of Defence and Security Studies di UBD.