Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

STUDY DAY IN CONJUNCTION WITH DA RBAF 10TH ANNIVERSARY

TANAH JAMBU, Tuesday, 01 December 2020 – A Study Day entitled "Peranan Tentera dan Kuasa Politik Brunei dan Alam Melayu Dari Perspektif Sejarah" delivered by Yang Mulia Associate Professor Dr. Haji Awg Asbol bin Haji Mail from the Universiti Brunei Darussalam (UBD) was held this morning in conjunction with the 10th Anniversary of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) at the Auditorium DA RBAF, Kampung Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was the Acting Commandant of DA RBAF, Lieutenant Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi. Also present were senior officers of DA RBAF, officers from Ministry of Defence and RBAF, and Warrant Officers from RBAF.

Yang Mulia Associate Professor Dr. Haji Awg Asbol bin Haji Mail is an Associate Professor in History and International Studies, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti of Brunei Darussalam. He has contributed several scholarly writings in local journals such as in South East Asia Multidisciplinary Journal, Darussalam Journal, Beriga and Pelita Brunei. While in abroad, he had published an article in the Journal of Malay Studies, the Journal of History Education and the Journal of Socio Humanika Lineage. He also actively presented papers on seminars at the national and international levels such as in Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Japan and Germany.

The study day discussed the role of Brunei military and political power in maintaining the security and sovereignty of the country from internal crisis and external threat or invasion in the 14th-19th century. After the lecture, the Guest Speaker proceeded to receive questions from the audience.  The event concluded with the presentation of memento to the Guest Speaker.




TANAH JAMBU, Selasa, 01 Disember 2020 - Hari Pengajian bertajuk "Peranan Tentera dan Kuasa Politik Brunei dan Alam Melayu Dari Perspektif Sejarah" yang disampaikan oleh YM Profesor Madya Dr Haji Awg Asbol bin Haji Mail dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah diadakan pada pagi ini sempena Ulang Tahun Ke-10 Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) di Auditorium AP ABDB, Kampung Tanah Jambu.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat adalah Pemangku Komandan AP ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan AP ABDB, Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta Pegawai-pegawai Waran ABDB.

Penyarah Undangan iaitu Yang Mulia Profesor Madya Dr. Haji Awg Asbol bin Haji Mail adalah Profesor Madya dalam bidang Sejarah dan Pengajian Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Brunei Darussalam. Beliau telah menyumbangkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal tempatan seperti Jurnal Mulidisciplinary Asia Tenggara, Jurnal Darussalam, Beriga dan Pelita Brunei. Secara antarabangsa, beliau telah menerbitkan beberapa artikel dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jurnal Pendidikan Sejarah dan Jurnal Socio Humanika Lineage. Beliau juga secara aktif menghadiri seminar di peringkat nasional dan antarabangsa seperti di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Jerman.

Pengisian taklimat pada pagi ini membincangkan peranan tentera dan kuasa politik Brunei dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara dengan mengatasi krisis dalaman dan mempertahankan negara dari serangan kuasa luar di sekitar abad ke-14 hingga 19 Masihi. Acara diteruskan dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan pengampaian cenderahati kepada pensyarah undangan.