Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

INSTITUTE OF BRUNEI TECHNICAL EDUCATION VISITS DEFENCE ACADEMY AND THE DEFENCE ACADEMY LIBRARY

TANAH JAMBU, Monday, 07 December 2020 – The delegation from the School of Information and Communication Technology, Institute of Brunei Technical Education (IBTE) comprised of 49 personnel led by the Assistant Program Leader, Cikgu Dayang Hajah Noor Nasriah binti Haji Nor Shah, visited the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) Library as part of their educational visit programme. Upon arrival, the delegation was welcomed by the Academic Advisor of the DA RBAF, Major Dk Nur Izzah Nazurah binti Pg Hj Mohammad, and other DA RBAF personnel.

The programme began with a welcoming remark delivered by the Academic Advisor of the DA RBAF at the Officer Cadet School Lecture Hall, followed by an introductory video of the DA RBAF and finally a short briefing on the Defence Academy. It is then proceeded with a briefing on the establishment and pivotal roles of the DA RBAF Library to uphold the objectives of DA RBAF, presented by the DA RBAF Library Officer, Hamiza Diyana binti Awang Hamidoon. The delegation was then ushered to the DA RBAF Auditorium and Library building for a quick visit at the library and the DA RBAF Gallery Area as part of library tour. Before concluding the visit, the delegation had the opportunity to witness Officer Cadets Intake 19 parade rehearsal at the Parade Square.

This visit serves as a platform for future cooperation in the field of information and library, as well as an effort to enhance the understanding in civilian-military relationship.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KE AKADEMI PERTAHANAN DAN PERPUSTAKAAN AKADEMI PERTAHANAN

TANAH JAMBU, Isnin, 07 Disember 2020 – Rombongan dari Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (SSRC IBTE), seramai 49 orang yang diketuai oleh Penolong Ketua Program SSRC IBTE, Cikgu Dayang Hajah Noor Nasriah binti Haji Nor Shah, telah membuat lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). Rombongan lawatan disambut oleh Penasihat Akademik AP ABDB, Mejar Dk Nur Izzah Nazurah binti Pg Hj Mohammad, dan anggota AP ABDB.

Program lawatan dimulai dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penasihat Akademik AP ABDB di Dewan Kuliah Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB, diikuti oleh tontonan tayangan video dan taklimat mengenai AP ABDB. Kemudian program diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Perpustakaan AP ABDB, Hamiza Diyana binti Awang Hamidoon, mengenai penubuhan dan peranan Perpustakaan AP ABDB bagi menyokong objektif AP ABDB. Rombongan kemudiannya dibawa ke Bangunan Auditorium dan Perpustakaan bagi lawatan di perpustakaan dan kawasan Galeri AP ABDB. Sebelum mengakhiri lawatan, pihak rombongan juga berpeluang menyaksikan latihan kawad Pegawai Kadet Pengambilan Ke-19 di Padang Kawad AP ABDB.

Kunjungan ini merupakan landasan bagi mengukuhkan kerjasama akan datang dalam bidang-bidang berkaitan dengan bahagian informasi dan perpustakaan, serta sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dalam kerjasama antara pihak awam dan ketenteraan (civilian-military relationship).