Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MEMBERS OF THE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA VISITS DEFENCE ACADEMY AND THE DEFENCE ACADEMY LIBRARY

TANAH JAMBU, Tuesday, 08 December 2020 – The delegation from members of the Dewan Bahasa dan Pustaka, comprised of 85 participants of ages 5 to 17, and 08 personnel led by the Assistant Librarian Level I, Dayang Siti Norhafizah Zatul Amal binti Haji Awang Zainal, visited the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) and the Library as part of their end-of-year school programme. Upon arrival, the delegation was welcomed by the Academic Advisor of the DA RBAF, Major Dk Nur Izzah Nazurah binti Pg Hj Mohammad, and other DA RBAF personnel.

The programme commenced with a welcoming remark delivered by the Academic Advisor of the DA RBAF at the Auditorium building, followed by an introductory video of the DA RBAF and finally a short briefing on the Defence Academy. It is then proceeded with a library briefing presented by the DA RBAF Library Officer, Hamiza Diyana binti Awang Hamidoon, then a series of literary-related activities prepared and facilitated by the DA RBAF Library's personnel. The delegation was then ushered to the DA RBAF Parade Square to witness the Officer Cadets Intake 19 parade rehearsal. Before concluding the visit, the delegation had the opportunity to visit a Static Display of weapons, compo rations and surival hut at Officer Cadet School.

This visit is hoped to widen the minds of the members of our youth and other public community on areas concerning the RBAF. It also serves as an effort to enhance the understanding in civilian-military relationship.








LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI AHLI-AHLI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KE AKADEMI PERTAHANAN DAN PERPUSTAKAAN AKADEMI PERTAHANAN

TANAH JAMBU, Selasa, 08 Disember 2020 – Rombongan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, seramai 85 orang termasuk peserta berumur 5 hingga 17 tahun, dan 08 orang kakitangan DBP yang diketuai oleh Pembantu Perpustakaan Tingkat I, Dayang Siti Norhafizah Zatul Amal binti Haji Awang Zainal telah membuat lawatan sambil belajar ke Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sebagai sebahagian daripada program cuti sekolah akhir tahun. Rombongan disambut oleh Penasihat Akademik AP ABDB, Mejar Dk Nur Izzah Nazurah binti Pg Hj Mohammad, dan anggota AP ABDB.

Program lawatan dimulai dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penasihat Akademik AP ABDB di Dewan Auditorium, diikuti oleh tontonan tayangan video dan taklimat mengenai AP ABDB. Kemudian program diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Perpustakaan AP ABDB, Hamiza Diyana binti Awang Hamidoon, dan seterusnya membuat aktiviti yang berkaitan dengan "literary" ataupun kesasteraan yang dikendalikan oleh kakitangan Perpustakaan AP ABDB. Rombongan lawatan juga berpeluan untuk menyaksikan latihan kawad Pegawai Kadet Pengambilan Ke-19 di Padang Kawad AP ABDB. Sebelum mengakhiri lawatan, pihak rombongan juga berpeluang melawat pameran statik mengenai senjata, Compo Ration dan kem perkhemahan hutan bertempat di Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB.

Kunjungan ini diharapkan akan dapat meluaskan pemikiran anggota belia dan masyarakat awam yang lain mengenai ABDB. Lawatan tersebut adalah juga sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dalam kerjasama awam dan ketenteraan (civilian-military relationship).