AKADEMI PERTAHANAN, Rabu 18 April 2018 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, sedang giat menjalankan kempen derma darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-57 yang dilaksanakan di semua unit-unit angkatan tentera di semua Garison, Perkhemahan dan Pangkalan ABDB.

Kempen derma telah menerima sebanyak 19 penderma pada hari tersebut dari kalangan warga Akademi Pertahanan ABDB. Wakil kesihatan dari Unit Tabung Simpanan Darah Hospital RIPAS akan terlebih dahulu menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penderma darah yang berpotensi. Adapun tujuan Kempen derma darah tersebut adalah untuk menggalakkan anggota ABDB untuk ikut serta dalam kempen berkebajikan ini. Disamping itu juga ianya bertujuan untuk memupuk sifat amal jariah dan mendidik kepentingan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.
    
BLOOD DONATION DRIVE CONTINUES IN DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES


​DEFENCE ACADEMY, Wednesday 18 April 2018 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in cooperation with the Blood Donation Centre of the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health, is conducting a blood drive which is held in conjunction with the RBAF 56th anniversary and will be held across all RBAF Garrisons, Camps and Bases.
A Total of 19 volunteers from Defence Academy RBAF participated in the donation.  Health representatives from the Blood Donation Centre will conduct health screenings on potential blood donors.  The donation serve as a drive to encourage eligible volunteers in RBAF of all blood types to donate blood to strengthen the community’s blood supply for the benefit of all. The drive is intended to inculcate a sense of charity and to educate the importance of giving blood to save lives.