BRUNEI DARUSSALAM, Monday, 28 March 2022 – 24 retired veterans have received various donations that have been collected from all RBAF Camps under a charity project known as ‘Kamathali Habbah’ in conjunction with the RBAF’s Diamond Jubilee (60th anniversary). The event was conducted concurrently across several districts to present the donations.
The Commandant of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Yang Mulia Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof presentedt donations to two recipients, 8049 Sld (Rtd) Nawi bin Haji Omar in Kampong Lumapas and 20480 Sld (Rtd) Habibah binti Timbang in Kampong Bengkurong Masin. The donations were in the form of everyday necessities which was collected from 01 February until 18 March 2022.
This project has received continuous support from the RBAF in the previous years and continues to encourage members of the RBAF to jointly take steps in assisting those in need and less fortunate.

KOMANDAN
AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERAHKAN DERMA
SUMBANGAN DARI PROJEK KAMATHALI HABBAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ANGKATAN
BERSENJATA DIRAJA BRUNEI.
BRUNEI
DARUSSALAM, Isnin, 28 Mac 2022 – Seramai 24 orang pesara tentera telah menerima
sumbangan derma yang dikumpul daripada projek amal yang dinamakan ‘Projek
Kamathali Habbah’. Projek ini merupakan sebahagian daripada aktiviti
kemasyarakatan yang dikendalikan sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-60 tahun yang
telah diselaraskan melalui semua perkhemahan dan garison ABDB. Acara tersebut diadakan secara serentak di beberapa daerah bagi menyerahkan
sumbangan derma tersebut.
Komandan
Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Yang Mulia
Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof telah menyerahkan
sumbangan kepada dua orang penerima, 8049 Sld (B) Nawi bin Haji Omar di Kampong
Lumapas dan 20480 Sld (B) Habibah binti Timbang di Kampong Bengkurong Masin.
Sumbangan derma tersebut adalah berupa keperluan asasi yang telah dikumpulkan
dari 01 Februari hingga 18 Mac 2022.
Projek ini telah mendapat
sokongan yang menggalakkan dari ABDB pada tahun-tahun sebelumnya dan terus
mendorong anggota ABDB untuk sama-sama mengambil langkah dalam membantu
meringankan beban bagi mereka yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.