TANAH JAMBU, Friday, 07 August 2026 – Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) commenced The Khatam Al-Qur’an in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 80th Birthday Celebration, for 1448 Hijrah at Surau Asy-Syuhada, Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Rosli, The Commanding Officer of Officer Cadet School. Also in attendance were Head of Departments, Senior Officers, Officers, personnel of DA RBAF as well Officer Cadets of Intake 25.

The ceremony began with the collective recitation of the final verses of the Al-Quran, followed by Takhtim and Dzikir Marhaban followed by the distribution of ‘bunga telur’ to the participants of Khatam Al-Quran. The event concluded with prayers for the Sultan of Brunei Darussalam and the nation.

AP ABDB MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE-80 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 1448 HIJRAH/2026 MASIHI

TANAH JAMBU, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 bagi tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi, bertempat di Surau Asy-Syuhada, Tanah Jambu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Rosli, Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota AP ABDB serta Pegawai Kadet Pengambilan ke-25.

Majlis dimulakan dengan bacaan beramai-ramai ayat-ayat terakhir Al-Quran, diikuti dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban, seterusnya penyampaian bunga telur kepada para peserta Khatam Al-Quran. Majlis diakhiri dengan bacaan doa memohon kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Negara Brunei Darussalam.