MUARA, Monday, 26 October 2026 – The Midshipmen of Officer Cadet School (OCS) Intake 25, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), underwent Sea Sortie Training onboard Kapal Diraja Brunei (KDB) AFIAT at the Royal Brunei Navy, Muara Naval Base.
The training aimed to provide the Midshipmen with practical exposure to naval navigation and shipboard operations. Throughout the exercise, the Midshipmen were tasked to assume the roles of Navigation Officers, applying their theoretical knowledge in a practical maritime environment while developing their understanding of navigational responsibilities and procedures onboard a naval vessel.
The Midshipmen were given the opportunity to practise essential navigation skills, including passage planning, position monitoring and maintaining situational awareness. The training also emphasised effective communication, teamwork and decision-making to ensure safe and efficient navigation while operating at sea. The experience further strengthened their professional development and operational readiness in preparation for their future responsibilities as officers of the Royal Brunei Navy.
SETIA, TAKWA, BERANI



PEGAWAI KADET LAUT PENGAMBILAN KE-25 MENJALANI LATIHAN SEA SORTIE DI ATAS KAPAL KDB AFIAT
MUARA, Isnin, 26 Oktober 2026 – Pegawai-pegawai Kadet (PKdt) Laut Pengambilan Ke-25, Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah menjalani Latihan Sea Sortie di atas kapal Kapal Diraja Brunei (KDB) AFIAT, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Pangkalan Tentera Laut Muara.
Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada PKdt Laut mengenai navigasi maritim dan operasi di atas kapal. Sepanjang latihan tersebut, PKdt Laut telah ditugaskan untuk menjalankan peranan sebagai Pegawai Navigasi dengan mengaplikasikan pengetahuan teori mereka dalam persekitaran maritim sebenar, di samping meningkatkan kefahaman mengenai tanggungjawab dan prosedur navigasi di atas kapal tentera laut.
Sepanjang Latihan Sea Sortie, PKdt Laut telah diberikan peluang untuk mempraktikkan kemahiran asas navigasi, termasuk perancangan pelayaran, pemantauan kedudukan kapal dan mengekalkan kesedaran situasi. Latihan ini turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan, kerjasama berpasukan dan kemahiran membuat keputusan bagi memastikan navigasi yang selamat dan teratur semasa berada di laut. Pengalaman ini turut memperkukuhkan pembangunan profesional dan kesiapsiagaan operasi mereka sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Brunei pada masa hadapan.
SETIA, TAKWA, BERANI