RIMBA, Thursday, 29 October 2026 – The Air Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), attended a Leadership Session delivered by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), at Bilik Alap-Alap, RBAirF Headquarters, Rimba Air Base. The session provided an opportunity for the OCdts to gain valuable insights into the principles, responsibilities and expectations of military leadership as they prepare for their future roles as commissioned officers.
During the session, the Commander of RBAirF emphasised the importance of leading with honour and placing character before rank, highlighting that leadership is defined by responsibility rather than authority alone. He reminded the OCdts that while authority may come with appointment, respect must be earned through honesty, fairness, humility, selflessness and integrity. He further reinforced the importance of upholding the values of Loyalty, Piety, Courage and Professionalism as the moral foundation guiding officers in their conduct and responsibilities.
The Commander of RBAirF also highlighted the significance of discipline as a fundamental element of operational effectiveness, alongside the importance of building trust, making ethical decisions and leading by example. He encouraged the OCdts to remain adaptable in their leadership approaches while maintaining the standards and values expected of military officers. Furthermore, he stressed the importance of physical fitness, resilience, a positive attitude and a constructive mindset in overcoming challenges and fulfilling their responsibilities upon commissioning.
The Leadership Session provided meaningful guidance and perspectives on effective military leadership, reinforcing the importance of continuous self-improvement, accountability and professionalism. The experience further strengthened the OCdts’ understanding of the qualities required of future leaders and their responsibility to lead with integrity, inspire confidence and uphold the standards of the RBAirF.
SETIA, TAKWA, BERANI


PEGAWAI-PEGAWAI KADET TENTERA UDARA PENGAMBILAN KE-25 MENGHADIRI SESI KEPIMPINAN BERSAMA PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
RIMBA, Khamis, 29 Oktober 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Udara Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), telah menghadiri Sesi Kepimpinan yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bertempat di Bilik Alap-Alap, Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Sesi tersebut memberikan peluang kepada PKdt untuk memperoleh pengetahuan dan panduan mengenai prinsip, tanggungjawab serta harapan terhadap kepimpinan ketenteraan sebagai persediaan untuk memikul peranan sebagai pegawai bertauliah pada masa hadapan.
Sepanjang sesi tersebut, Pemerintah TUDB menekankan kepentingan kepimpinan yang berteraskan kehormatan dan mengutamakan keperibadian berbanding pangkat, dengan menjelaskan bahawa kepimpinan merupakan satu tanggungjawab dan bukan sekadar kuasa yang dimiliki. Beliau mengingatkan PKdt bahawa walaupun kuasa diperoleh melalui pelantikan, penghormatan perlu diraih melalui kejujuran, keadilan, kerendahan hati, sikap tidak mementingkan diri sendiri dan integriti. Beliau turut menegaskan kepentingan menghayati nilai-nilai Setia, Takwa, Berani dan Profesional sebagai asas moral dalam membimbing setiap tindakan serta tanggungjawab seorang pegawai.
Selain itu, Pemerintah TUDB turut mengetengahkan kepentingan disiplin sebagai elemen utama dalam keberkesanan operasi, di samping membina kepercayaan, membuat keputusan secara beretika dan memimpin melalui teladan. Beliau menggalakkan PKdt agar sentiasa menyesuaikan pendekatan kepimpinan mengikut keadaan tanpa mengabaikan standard dan nilai-nilai ketenteraan. Beliau juga menekankan kepentingan mengekalkan kecergasan fizikal, daya tahan, sikap positif dan pemikiran yang membina dalam menghadapi cabaran serta melaksanakan tanggungjawab setelah ditauliahkan.
Sesi Kepimpinan tersebut telah memberikan panduan dan perspektif yang bermakna mengenai kepimpinan ketenteraan yang berkesan, di samping memperkukuh kepentingan peningkatan diri secara berterusan, akauntabiliti dan profesionalisme. Pengalaman ini turut meningkatkan kefahaman PKdt mengenai ciri-ciri yang diperlukan sebagai bakal pemimpin serta tanggungjawab untuk memimpin dengan integriti, membina keyakinan dan sentiasa menjunjung tinggi standard TUDB.
SETIA, TAKWA, BERANI