TUTONG, Sunday, 8 November 2026 – Participants of the Command and Staff Course (CSC) 16/2026, together with Directing Staff and their families, visited Alai Gayoh Anak Pulau (HAGAP) in Kampung Bukit Udal, Tutong, for their second social activity of Term 3. The gathering brought the CSC community together for a cultural programme focused on the traditions, history and way of life of Brunei’s Dusun community.

Situated beside a lagoon, HAGAP is a traditional Dusun house dedicated to preserving and sharing the community’s cultural heritage. The visit began with a guided tour conducted by Eyad Samhan bin Nyawa and a fellow HAGAP representative, who shared the history of the house and its significance to the local community. Visitors were also introduced to various tools and equipment used by earlier generations, offering a glimpse into how the Dusun community lived and carried out their daily activities.

The programme continued with demonstrations of Bagandang and Kulintangan music, where participants were invited to try playing the instruments and join a traditional dance. This hands-on experience brought the music and traditions to life, allowing both adults and children to take part rather than simply watch. The cultural activities also included Baguwod and Saluk-Salukan, two traditional games that encouraged friendly interaction among participants and their families.

Following the activities, everyone gathered for a traditional lunch prepared by HAGAP, featuring a selection of local delicacies. The shared meal provided time for participants, Directing Staff and families to socialise in a relaxed setting, away from the usual academic schedule. It was also an occasion for course members and their families to spend time together and enjoy the hospitality of their hosts.

Beyond the social gathering, the visit highlighted the dedication of HAGAP’s representatives in keeping Dusun traditions alive through the sharing of their history, music, games and local cuisine. For CSC 16/2026, the activity offered both a chance to build friendships and a closer look at one of the many cultural traditions that contribute to Brunei Darussalam’s identity.

KURSUS MAKTAB TURUS 16/26 MENGHAYATI WARISAN BUDAYA DUSUN DI HAGAP, TUTONG

TUTONG, Ahad, 8 November 2026 – Para peserta Kursus Maktab Turus 16/2026 bersama tenaga pengajar serta ahli keluarga telah mengadakan Aktiviti Sosial Kedua Penggal ke-3 di Alai Gayoh Anak Pulau (HAGAP), Kampung Bukit Udal, Tutong. Aktiviti ini menghimpunkan para peserta dan pegawai-pegawai Maktab Turus  dalam satu program kebudayaan bagi mengenali dengan lebih dekat sejarah, adat resam dan cara hidup masyarakat Dusun di Negara Brunei Darussalam.

Terletak di kawasan lagun, HAGAP merupakan sebuah rumah tradisional Dusun yang berperanan dalam memelihara dan memperkenalkan warisan budaya masyarakat berkenaan. Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan berpandu oleh Awang Eyad Samhan bin Nyawa bersama salah seorang  wakil HAGAP berkongsi sejarah rumah tersebut serta kepentingannya kepada masyarakat setempat. Para pengunjung turut diperkenalkan kepada pelbagai peralatan tradisional yang digunakan oleh generasi terdahulu, sekaligus memberikan gambaran mengenai kehidupan seharian masyarakat Dusun pada zaman dahulu.

Program diteruskan dengan persembahan muzik tradisional Bagandang dan Kulintangan, di mana para peserta turut diberi peluang untuk mencuba alat muzik berkenaan serta menyertai tarian tradisional. Penglibatan secara langsung ini membolehkan peserta dewasa dan kanak-kanak merasai sendiri keunikan budaya Dusun, bukan sekadar menyaksikan persembahan. Aktiviti kebudayaan turut diserikan dengan permainan tradisional Baguwod dan Saluk-Salukan yang menggalakkan interaksi dan penyertaan mesra dalam kalangan peserta serta ahli keluarga.

Sejurus selesai aktiviti kebudayaan, para peserta dan keluarga menikmati jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak HAGAP, dengan pelbagai hidangan tradisional tempatan. Jamuan ini turut memberi ruang kepada para peserta, Pegawai-Pegawai Pembimbing dan ahli keluarga untuk beramah mesra dalam suasana santai di luar rutin pembelajaran, di samping menikmati layanan mesra daripada pihak tuan rumah.

Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga Maktab Turus, lawatan ini turut mengetengahkan usaha dan komitmen wakil-wakil HAGAP dalam mengekalkan warisan masyarakat Dusun melalui perkongsian sejarah, muzik, permainan dan masakan tradisional. Aktiviti ini bukan sahaja membuka peluang untuk memperkukuhkan semangat setiakawan, malah memberikan pendedahan yang lebih dekat terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti Negara Brunei Darussalam.