TANAH JAMBU, Selasa, 14 Julai 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Timbalan Komandan AP ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota AP ABDB, peserta kursus Maktab Turus 16/2026, Junior Officer Development Course 2/2026 serta pegawai kadet dari pengambilan ke-25.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk, diikuti dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.
Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan setiap tahun di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh Negara Brunei Darussalam sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta memohon agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, umur yang panjang, kebijaksanaan dan serta Negara Brunei Darussalam terus dikurniakan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan keberkatan.


