Kampong Tanah Jambu, Selasa 29 November 2016 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun AP ABDB yang ke 6, kempen derma darah telah berlangsung. Kempen derma darah yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat disamping ingin menanamkan sifat beramal jariah kepada anggota-anggota tentera bahawa menderma seunit darah boleh menyelamatkan tiga orang nyawa.