TANAH JAMBU, Friday, 1 April 2022 - By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 65 Probationary Officer Cadets have been appointed as Officer Cadets. The appointment ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu.
Present as the Guest of Honour and to award the insignias was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also in attendance were RBAF officers, staffs of the Ministry of Defence and parents of the newly appointed Officer Cadets.
Total of 46 male and 19 female Officer Cadets had been selected through the Armed Forces Commissioning Board (AFCB) and reported to the Officer Cadet School on 14 February 2022 and over the past seven weeks, the Officer Cadets have gone through Basic Military Training phase, consisting of drills, physical fitness, fieldcraft, map reading, leadership and management, and others. They will now embark on the next 41 weeks of more rigorous and intensive training to develop them into high-quality officers in leadership, character and intellect.
The ceremony concluded with
DoaSelamat and a group photo session with the Guest of Honour.





MAJLIS PERLANTIKAN
PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-21, SEKOLAH PEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN ABDB
TANAH JAMBU,
Jumaat, 1 April 2022 – Dengan perkenan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, 65 Pegawai
Kadet Percubaan telah dilantik sebagai Pegawai Kadet. Majlis perlantikan ini telah
diadakan di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
(AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan
Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah pegawai-pegawai
ABDB dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pertahanan serta ibubapa Pegawai Kadet
yang baru dilantik.
Seramai 46 lelaki dan 19 wanita Pegawai
Kadet tersebut telah dipilih melalui Lembaga Penauliahan Angkatan Tentera dan melaporkan
diri ke Sekolah Pegawai Kadet pada 14 Februari 2022 yang lalu. Sepanjang tujuh minggu
lepas, Pegawai Kadet telah menjalani fasa Latihan Asas Ketenteraan yang terdiri
daripada latihan kawad, kecergasan jasmani, ilmu medan perang, membaca peta,
kepimpinan dan pengurusan, dan lain-lain. Seterusnya, mereka akan meneruskan 41
minggu akan dating dengan latihan yang lebih intensif bagi melahirkan pegawai
yang berkualiti tinggi dalam kepimpinan, sahsiah dan intelek.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat
dan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat.