TANAH JAMBU, Monday, 24 August 2026 – The Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) held the 12th Night of Rabiulawal Marhaban Ceremony in commemoration of the Prophet Muhammad’s (PBUH) Mawlid at Surau Asy- Syuhada, DA RBAF.
In attendance was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Acting Commandant of DA RBAF. The event was also attended by Senior Officers of DA RBAF, officers, staff, course participants of Command and Staff Course 16 and Intermediate Staff Course 26.
The event commenced with a mass Maghrib prayer, followed by the recitation of Sayyidul Istigfar and Al-Fatihah. A reading from the Sirah Nabawiyah, recounting the life of the Prophet, added a reflective element to the night. The gathering then moved on to various Dikir including As-Salamualaika, Khairuman, Bisyahrin, and Selawat Tafrijiyyah, all of which praise the Prophet and invoke blessings upon him. After the Isya prayer, the recitations continued with Selawat Badriyah, Dikir Daba’ie, Dikir Marhaban, and ended with a Doa Dikir and the recital of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam, asking for the divine protection for His Majesty the Sultan and the nation.
The annual religious gathering is held to commemorate the birth of Prophet Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, while fostering love and appreciation for the Prophet’s exemplary character and teachings, as well as strengthening spiritual values and unity among personnel of the DA RBAF.




AP ABDB TELAH MENGADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN MALAM KE 12 RABIULAWAL SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW 1448H
TANAH JAMBU, Isnin, 24 Ogos 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah menganjurkan Majlis Gema Marhaban Malam ke 12 Rabiulawal sempena memperingati Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertempat di Surau Asy-Syuhada, AP ABDB.
Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pemangku Komandan AP ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan AP ABDB, pegawai-pegawai, kakitangan serta peserta kursus daripada kursus Maktab Turus 16 dan Kursus Staf Pertengahan 26.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istigfar dan Surah Al-Fatihah. Bacaan daripada Sirah Nabawiyah yang mengisahkan kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam turut disampaikan, memberikan pengisian dan renungan kepada para hadirin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelbagai bacaan Dikir, termasuk As-Salamualaika, Khairuman, Bisyahrin dan Selawat Tafrijiyyah, memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta memohon keberkatan ke atas Baginda. Selepas Sembahyang Fardu Isyak, bacaan diteruskan dengan Selawat Badriyah, Dikir Daba’ie dan Dikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan Doa Dikir serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis keagamaan tahunan ini diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, di samping memupuk rasa kasih dan penghargaan terhadap keperibadian serta ajaran Baginda yang menjadi teladan. Majlis ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga AP ABDB.