TANAH JAMBU, Friday, 07 August 2026 – Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) held a promotion ceremony for one Senior Non-Commissioned Officer (SNCO) and two Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) at the Ceremonial Hall, DA RBAF.

Present to officiate the ceremony was the Acting Commandant of DA RBAF, Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin. Also in attendance were senior officers, officers, military and civilian personnel.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of rank insignia to the promoted SNCO and JNCOs, and concluded with a Doa Kesyukuran.

DA RBAF congratulates the promoted personnel on this achievement. This promotion serves as recognition of their service, contributions and dedication to duty, and is hoped to continue inspiring excellence and professionalism.

AP ABDB MENGADAKAN MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN DAN RENDAH

TANAH JAMBU, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi seorang Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan dua Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) bertempat di Dewan Istiadat, AP ABDB.

Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Pemangku Komandan AP ABDB, Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota tentera dan awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat kepada PTB Kanan dan PTB Rendah yang dinaikkan pangkat dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

AP ABDB merakamkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang dinaikkan pangkat atas pencapaian tersebut. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap khidmat bakti, sumbangan dan dedikasi dalam melaksanakan tugas, serta diharap akan terus menyuntik semangat kecemerlangan dan profesionalisme.