Tanah Jambu, Friday, 04 September 2026 – Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) held a Halaqah Jumaat and Subuh Religious Talk in conjunction with the Maulidur Rasul 1448H at Surau Asy-Syuhada, DA RBAF. The programme is part of the Ministry of Defence’s yearly religious programme conducted across all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases.

The religious event was attended by Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of DA RBAF, along with senior officers, officers, personnel of DA RBAF, course participants from the Intermediate Staff Course (ISC26/2026) and officer cadets of Intake 25.

The event commenced with the Subuh prayer, halaqah session and followed by a religious talk titled “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah” delivered by Lance Corporal Pengiran Mohammad Zahwan bin Pengiran Mohammad from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT).

The event continued with the performance of the Sunnah Isyraq, Sunnah Hajat, and Sunnah Dhuha prayers and concluded with Selawat Qiyam. The Kuliah Subuh highlighted that Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam guided people towards correct Islamic beliefs. Through his teachings, words, actions, and example, Muslims learn how to understand and practice their faith correctly.

AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN HALAQAH JUMAAT DAN KULIAH SUBUH SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H

Tanah Jambu, Jumaat, 4 September 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah mengadakan Halaqah Jumaat dan Kuliah Subuh sempena Maulidur Rasul 1448H bertempat di Surau Asy-Syuhada, AP ABDB. Program tersebut merupakan sebahagian daripada program keagamaan tahunan Kementerian Pertahanan yang dilaksanakan di seluruh garison, kem dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan AP ABDB, bersama para Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota AP ABDB, para peserta Kursus Staf Pertengahan 26/2026 serta pegawai kadet pengambilan Ke-25.

Acara dimulakan dengan sembahyang Fardu Subuh, sesi halaqah dan diikuti dengan kuliah subuh bertajuk “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah” yang disampaikan oleh Lans Koperal Pengiran Mohammad Zahwan bin Pengiran Mohammad dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

Acara diteruskan dengan pelaksanaan Sembahyang Sunat Isyraq, Sembahyang Sunat Hajat dan Sembahyang Sunat Dhuha, dan diakhiri dengan Selawat Qiyam. Kuliah Subuh tersebut menekankan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan pembimbing umat manusia ke arah akidah Islam yang benar. Melalui ajaran, sabda, perbuatan dan teladan Baginda, umat Islam dapat memahami serta mengamalkan ajaran Islam dengan cara yang betul.