PERKHEMAHAN AP ABDB, Jumaat, 06 Januari 2017 – Akademi Pertahanan ABDB telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi Akademi Pertahana bertempat di Auditorium Perpustakaan Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan Akademi Pertahanan ABDB, Lt Kol Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff. Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai 5 anggota, seorang anggota dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Tetap, seorang anggota dinaikkan ke pangkat pemangku Staf Sarjan dan 3 anggota selebihnya dinaikkan ke pangkat Koperal Tetap.Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan dan anggota Akademi Pertahanan ABDB.