​Kampong Kiarong, Jumaat 2 Disember 2016 – Acara membersihkan Tanah Perkuburan Islam sempena HUT AP ABDB ke-6 telah diadakan pada petang Jumaat 2 Disember 2016. Ianya melibatkan pegawai-pegawai serta ahli anggota AP ABDB yang mana ianya juga turut dihadiri oleh Lt Kol Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff, Komandan AP ABDB. Sejurus selesai kempen membersihkan tanah perkuburan tersebut, acara diakhiri dengan bacaan tahlil serta doa arwah khusus kepada anggota-anggota dan pegawai-pegawai AP ABDB yang telah kembali kerahmatullah.

Acara tersebut telah diadakan di Kampong kiulap (Jame Asri) diketuai oleh Yang Mulia 308 Lt Kol Saiful Akhmar bin Hj Mohd Shariff, Komandan AP ABDB.