TANAH JAMBU, Khamis, 23 Ogos 2018 – AP ABDB telah melaksanakan Majlis Pengagihan Daging Ibadah Korban bertempat di Dewan Istiadat, AP ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Leftenan Kolonal (U) Mohammad Amiruddin bin Hj Tuah, Pemangku Ketua Jurulatih AP ABDB dan sekaligus bagi menyampaikan agihan daging korban kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota AP ABDB, kakitangan awam dan golongan asnaf Kg. Tanah Jambu.
Pada tahun ini, AP ABDB telah menyempurnakan 3 ekor kerbau dan seekor kambing sebagai korban. Majlis seperti ini diadakan pada setiap tahun bagi melaksanakan ibadat-ibadat yang dituntut oleh Islam selain ianya dapat memuput sifat ‘mahabbah’ sesama anggota.



