TANAH JAMBU, Wednesday, 28 August 2024 – A signing ceremony for the Memorandum of Understanding (MoU) on the Modernisation of the Professional Military Education (PME) in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Establishment of Faculty of Military Studies between the Ministry of Defence and Universiti Brunei Darussalam (UBD) was held today at the Auditorium, Defence Academy (DA) RBAF. 

Present at the ceremony were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF as the Guest of Honour; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at Ministry of Defence; Dr. Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor of UBD; services commanders, directors and senior officers from the Ministry of Defence, RBAF and UBD. 

The event began with a recital of
Doa led by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by a keynote address from Dr. Mahani binti Haji Hamdan, Director of the Institute of Policy Studies at UBD. 

The MoU outlines a framework for cooperation on modernising the RBAF’s PME through curriculum and faculty development, as well as technology integration. It aims to establish the Faculty of Military Studies to nurture a skilled workforce and highly educational military officers, conduct advanced research, and gain professional development in the defence and security sectors. 

Signing on behalf of the Ministry of Defence and the RBAF was Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Commandant of DA RBAF, while UBD was represented by Associate Professor Dr. Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Assistant Vice Chancellor (Education) of UBD. The signing ceremony was witnessed by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Dr. Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor of UBD. 

The MoU highlights the significance of strengthening national security resilience through joint training programmes, workshops and academic exchanges through the role of education towards national security.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM TELAH MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNTUK BEKERJASAMA DALAM PEMODENAN PENDIDIKAN TENTERA PROFESIONAL ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN PENUBUHAN FAKULTI PENGAJIAN TENTERA ​

TANAH JAMBU, Rabu, 28 Ogos 2024 – Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai Pemodenan Pendidikan Tentera Profesional Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Penubuhan Fakulti Pengajian Tentera yang diwakili oleh Kementerian Pertahanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dimeterai pada hari ini di Auditorium Akademi Pertahanan (AP) ABDB. 

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB selaku Tetamu Kehormat; Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor UBD; Penolong Naib Canselor UBD; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan ABDB, Kementerian Pertahanan dan UBD. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan seterusnya ucaptama daripada Dr. Mahani binti Haji Hamdan, Pengarah Institut Pengajian Dasar UBD. 

Memorandum Persefahaman ini menggariskan rangka kerja kerjasama bagi memodenkan Pendidikan Tentera Profesional ABDB melalui pembangunan kurikulum dan fakulti, serta integrasi teknologi. Memorandum Persefahaman ini juga bertujuan untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Tentera yang akan menyelia dan memupuk pegawai tentera ABDB yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi serta mempunyai keupayaan untuk menjalankan penyelidikan lanjutan dan pembangunan profesional dalam sektor pertahanan dan sekuriti. 

Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB ialah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Komandan AP ABDB, sementara UBD diwakili oleh Pengiran Dr. Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Penolong Naib Canselor (Pendidikan) UBD. Majlis Penandatanganan ini disaksikan oleh Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor UBD.  

Memorandum Persefahaman ini menekankan mengenai kepentingan mengukuhkan daya tahan keselamatan negara melalui program latihan bersama, bengkel, dan pertukaran akademik melalui peranan pendidikan terhadap keselamatan negara.