Jumaat 18 Mei 2018 - Upacara Serah Terima Tugas Akademi Sarjan Mejar bagi Akademi Pertahanan Angkat Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) yang julung kalinya diadakan telah berlangsung di Markas AP ABDB yang dihadiri oleh Komandan AP ABDB, Kolonel Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff selaku tetamu kehormat majlis.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian ucapan dari mantan ASM AP ABDB, PW1 Azami bin Omar. Upacara diteruskan dengan upacara serah terima tugas ASM yang baru dan lama dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas ASM. Upacara serah terima tugas ini telah menyaksikan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas ASM di antara PW1 Azami bin Omar dan PW1 Rosleen bin Tujoh. Upacara tersebut kemudiannya disudahi dengan bacaan Doa Selamat.
Turut hadir semasa upacara tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota AP ABDB.