Tanah Jambu Jumaat 21 Jun 2019 – Satu ceramah dibuat tentang Perintah Am KDYMM bagi mengawal dan membenteras penyalahgunaan dadah di dalam ABDB kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sesi 09/2019. Ceramah tersebut disampaikan oleh Mejar Isewandy bin Murni, Ketua Pegawai Kaunseling ABDB. Ceramah sebegini adalah julung-julung kalinya diperkenalkan dalam Kursus Maktab Turus.Objektif ceramah tersebut adalah untuk menerangkan dan memaklumkan mengenai dasar dan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh ABDB di dalam menangani kesalahan yang berhubungkait dengan penyalahgunaan dadah. Ceramah tersebut juga memberikan garis pandu dan bidang kuasa ke atas anggota-anggota ABDB yang didapati positif di dalam UAK atau terbabit di dalam penyalahgunaan dadah.
Antara tajuk yang dihuraikan semasa ceramah tersebut adalah tindakan tatatertib, carta aliran pemantauan anggota, proses pemberhentian atas dasar perkhidmatan tidak dikehendaki, temudga anggota didapati UAK positif pertama. Terdapat juga tajuk yang disampaikan tentang kategori keputusan UAK dan tatacara anggota ABDB yang terlibat dengan kes tangkapan Biro Kawalan Narkotik.
Para peserta kursus juga ada memberi pandangan yang difikirkan sesuai untuk meningkatkan lagi tindak balas ABDB dalam hal tersebut. Ceramah diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama penceramah jemputan dan peserta kursus.
