
KOMANDAN AKADEMI PERTAHANAN ABDB MENERIMA HADIAH BUKU UNIVERSITI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KE-36
Khamis, 15 Ogos 2024 –Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yussof, Komandan Akadem Pertahanan ABDB telah menerima Hadiah Buku Universiti dalam Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku Universiti Serta Penyumbang-Penyumbang Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-36 yang diadakan di Dewan Canselor, UBD.
Pada tahun ini, seramai 96 dari 1,156 orang graduan telah terpilih sebagai penerima-penerima Pingat dan Hadiah Buku Universiti di majlis tersebut berdasarkan prestasi akademik yang cemerlang. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengankutan dana Infokomunikasi.
Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yussof, Komandan AP ABDB telah mendapat keputusan Lulus Dengan Cemerlang Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (secara kerjakursus). Kejayaan tersebut merupakan sumber inspirasi kepada organisasi Kementerian Pertahanan dalam melahirkan anggota Kementerian Pertahanan yang berpendidikan, berkualiti dan berkemahiran dalam menyumbang kepada kemajuan organisasi dan negara dalam mendokong Wawasan Brunei 2035.