Thursday, 15 August 2024 – Colonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yusof, the Commandant of Defence Academy Royal Brunei Armed Forces received Universiti Book Prizes during the Medal and Universiti Book Prizes Ceremony in conjunction with Universiti Brunei Darussalam (UBD) 36th Convocation Ceremony held at the UBD Chancellor’s Hall.
This year, a total of 96 out of 1,156 graduates has been chosen as the recipients of the awards in accordance with outstanding academic performance. The Guest of Honor for the event was Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications. 
Colonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yussof, Commandant of Defence Academy has obtained Pass with Distinction in Master of Defence and Security Studies (by Coursework). The award is a source of inspiration for the Ministry of Defence organization in promoting educated, quality and skilled Ministry of Defence personnel that can contribute towards the organization in-line with Brunei Vision 2035.
 

KOMANDAN AKADEMI PERTAHANAN ABDB MENERIMA HADIAH BUKU UNIVERSITI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KE-36

Khamis, 15 Ogos 2024 –Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yussof, Komandan Akadem Pertahanan ABDB telah menerima Hadiah Buku Universiti dalam Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku Universiti Serta Penyumbang-Penyumbang Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-36 yang diadakan di Dewan Canselor, UBD.

Pada tahun ini, seramai 96 dari 1,156 orang graduan telah terpilih sebagai penerima-penerima Pingat dan Hadiah Buku Universiti di majlis tersebut berdasarkan prestasi akademik yang cemerlang. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengankutan dana Infokomunikasi.​

Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yussof, Komandan AP ABDB telah mendapat keputusan Lulus Dengan Cemerlang Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (secara kerjakursus). Kejayaan tersebut merupakan sumber inspirasi kepada organisasi Kementerian Pertahanan dalam melahirkan anggota Kementerian Pertahanan yang berpendidikan, berkualiti dan berkemahiran dalam menyumbang kepada kemajuan organisasi dan negara dalam mendokong Wawasan Brunei 2035.