TANAH JAMBU, Friday, 25 November 2022 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) celebrated its 12th anniversary in a ceremony held at the DA RBAF Auditorium today. Present as the Guest of Honour was Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of DA RBAF. Also present were DA RBAF Senior Officers, Officers, military and civilian personnel.

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the Commandant’s speech. In his speech Commandant DA RBAF reiterated the pledge of unwavering loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and reflected on how the academy has continuously evolving throughout the years under His Majesty’s support towards any development and achievements in producing highly capable RBAF officers.

He also highlighted that the Defence Academy has changed, is changing and will continue to make changes in line with the RBAF’s aspiration as stated in its Defence White Paper 2021 that is to develop and expand the education of officers at all levels. He further added that the academy provide “value for money” and has its impact at the national and regional level. He then emphasised that education delivered at the academy is key to transformation and force multiplication in producing officers who will become RBAF future leaders. He concluded his speech by conveying his profound appreciation to all personnel for their dedication, commitment and sacrifice in performing their duties and responsibilities. Similarly, he also thanked the Chairman and committees involved throughout the event.

The ceremony then continued with a presentation of awards to personnel who displayed excellent performance in carrying their duties and made outstanding contribution to the organisation throughout the year. The Best Senior Non-Commissioned Officers category was awarded to 18465 SSgt Noralisham bin Osman while the Best Junior Non-Commissioned Officers category was given to 17984 LKpl Haji Mohammad Harysulhemy bin Haji Johari.

The ceremony concluded with the recitation of Thanksgiving Doa by the academy’s Religious Teacher, Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, followed by cake cutting and refreshments at the DA RBAF Ceremonial Hall.

 

 

 

 

AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-12

TANAH JAMBU, Jumaat, 25 November 2022 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-12 dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium AP ABDB pada hari ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota tentera dan kakitangan awam AP ABDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Komandan AP ABDB. Dalam ucapan, Komandan AP ABDB melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekaligus mengimbas detik-detik AP ABDB yang terus berkembang maju di bawah naungan dan sokongan Baginda terhadap apa jua perkembangan dan pencapaian Akademi Pertahanan dalam melahirkan pegawai- pegawai ABDB yang berkebolehan tinggi.

Beliau juga menyatakan bahawa Akademi Pertahanan telah berubah, sedang berubah dan akan terus melakukan perubahan selaras dengan hasrat ABDB seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 untuk mengembangkan aspek pendidikan pegawai di kesemua peringkat secara menyeluruh. Seterusnya beliau menambah bahawa akademi pertahanan mempunyai “nilai untuk wang” dan memberikan impak di peringkat nasional dan serantau. Beliau kemudiannya menekankan bahawa pendidikan yang disampaikan di akademi adalah kunci kepada transformasi dan penggandaan daya/daya tindakan berganda dalam melahirkan pegawai yang bakal menjadi pemimpin ABDB pada masa hadapan. Bagi mengakhiri ucapan, Komandan AP ABDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga AP ABDB di atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau juga turut berterima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada anggota-anggota AP ABDB yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas dan telah memberikan sumbangan kepada organisasi sepanjang tahun. Bagi kategori Pegawai Kanan Tidak Bertauliah Cemerlang, ianya telah dianugerahkan kepada 18465 SSgt Noralisham bin Osman manakala kategori Pegawai Tidak Bertauliah Rendah Cemerlang disandang oleh17984 LKpl Haji Mohammad Harysulhemy bin Haji Johari. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Guru Agama AP ABDB, Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, diikuti dengan upacara pemotongan kek dan jamuan di Dewan Istiadat AP ABDB.