TANAH JAMBU, Monday, 14 September 2026 – The Defence Academy of the Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) welcomed a 69-member delegation from the Goh Keng Swee Command and Staff College (GKS CSC), SAFTI Military Institute (SAFTI MI), who are currently in Brunei Darussalam as part of their study tour programme. The delegation was led by Colonel Paulinho Enrique Tan Soliano, Senior Directing Staff (Army).

The visit commenced with a Courtesy Call on the Commandant of DA RBAF. During the meeting, the Commandant extended a warm welcome to Colonel Paulinho Enrique Tan Soliano and his delegation and expressed his appreciation for their visit. The meeting also underscored the importance of continued engagements in strengthening bilateral defence relations and fostering closer professional ties between the two institutions.

Following the Courtesy Call, the delegation attended a series of briefings delivered by Pengiran Mohammad Yusre bin Pengiran Mohammad Daud, Senior Research Officer from the Directorate of Defence Policy, and Haji Muhammad Hazwan bin Azani, Senior Academic Advisor of DA RBAF. The briefings provided an overview of Brunei Darussalam’s Defence White Paper Update 2026, focusing on its key messages, strategic guidance and strategic enablers. The delegation was also briefed on the Academy’s organisational structure, Professional Military Education (PME) framework, training and education programmes, as well as its role in developing competent, adaptive and future-ready military leaders.

The programme continued with an interaction session at the Ceremonial Hall of DA RBAF, where participants from both colleges shared their experiences and perspectives on professional military education and staff development. Presentations were also delivered by the Directing Staff and course participants of GKS CSC on SAFTI MI and GKS CSC.

The visit concluded with an exchange of mementos between the two institutions, followed by a group photograph, marking a successful and meaningful engagement between CSC DA RBAF and GKS CSC.The delegation’s three-day visit to Brunei Darussalam also includes a series of educational and cultural activities, including visits to the Royal Regalia Museum and Kampong Ayer.

TANAH JAMBU, Isnin, 14 September 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) menerima kunjungan delegasi daripada Goh Keng Swee Command and Staff College (GKS CSC), SAFTI Military Institute (SAFTI MI), yang kini berada di Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada program lawatan sambil belajar. Delegasi yang terdiri daripada 69 orang anggota itu diketuai oleh Kolonel Paulinho Enrique Tan Soliano, Senior Directing Staff (Army).

Lawatan dimulakan dengan Kunjungan Hormat kepada Komandan AP ABDB. Semasa pertemuan tersebut, Komandan AP ABDB mengalu-alukan Kolonel Paulinho Enrique Tan Soliano dan rombongan beliau serta menyampaikan penghargaan atas lawatan tersebut. Pertemuan itu turut menekankan kepentingan penglibatan berterusan dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala serta mengeratkan lagi hubungan profesional antara kedua-dua institusi.

Selepas Kunjungan Hormat, rombongan telah menghadiri beberapa sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengiran Mohammad Yusre bin Pengiran Mohammad Daud, Pegawai Penyelidik Kanan dari Direktorat Dasar Pertahanan, dan Haji Muhammad Hazwan bin Azani, Penasihat Akademik Kanan AP ABDB. Taklimat tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai Defence White Paper Update 2026, dengan memberi tumpuan kepada mesej utama, panduan strategik dan pemangkin strategik. Rombongan turut diberikan taklimat mengenai struktur organisasi Akademi, kerangka Pendidikan Ketenteraan Profesional (Professional Military Education – PME), program latihan dan pendidikan, serta peranan Akademi dalam membangunkan pemimpin tentera yang kompeten, adaptif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Program diteruskan dengan sesi interaksi di Dewan Istiadat AP ABDB. Dalam sesi tersebut, para peserta kursus daripada Maktab Turus AP ABDB berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai perjalanan mereka sepanjang mengikuti Kursus Maktab Turus. Sesi kemudiannya diteruskan dengan pembentangan daripada para Juruarah dan peserta kursus GKS CSC yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai SAFTI MI dan GKS CSC. Sesi interaksi tersebut memberikan peluang kepada para peserta daripada kedua-dua institusi untuk bertukar pengalaman, pandangan dan pengetahuan berkaitan pendidikan ketenteraan profesional serta pembangunan staf.

Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua institusi, diikuti dengan sesi bergambar ramai, menandakan satu penglibatan yang berjaya dan bermakna antara Maktab Turus AP ABDB dan GKS CSC. Lawatan delegasi selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam turut merangkumi pelbagai aktiviti berfokuskan pendidikan dan kebudayaan, termasuk lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Kampong Ayer.