TUTONG, Saturday, 17 October 2026 – Land Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), undertook a two-phase Exercise Jungle Victory from 17 to 22 October 2026, commencing with Exercise Endurance Combat Navigation (ENDCOMNAV) followed by the jungle operations at Tutong District. The training programme aimed to progressively develop the OCdts’ land navigation proficiency, physical endurance, tactical knowledge, fieldcraft skills and leadership capabilities in a challenging jungle environment.

The exercise began with Phase 1, Exercise ENDCOMNAV, conducted from 17 to 18 October 2026, which focused on strengthening the OCdts’ fundamental land navigation skills and mental resilience. Throughout the exercise, the OCdts applied map reading, compass usage, route planning and bearing maintenance to locate designated checkpoints and reach assigned objectives across jungle terrain. The physically and mentally demanding conditions tested their navigational accuracy, concentration, situational awareness and decision-making, while fostering determination, self-confidence and the ability to overcome challenges in unfamiliar terrain.

Building upon the navigation skills and resilience developed during Phase 1, the OCdts progressed to Phase 2, Exercise Jungle Victory. This phase focused on applying their acquired skills in tactical jungle operations through a series of activities, including area patrolling, ambush operations, Close Target Reconnaissance (CTR) and assault on enemy camp. These activities required the OCdts to demonstrate tactical planning, observation, concealment, coordination and effective decision-making while emphasising communication, teamwork, discipline and situational awareness in accomplishing assigned missions. This exercise provided the OCdts of Intake 25 with progressive practical jungle training, transitioning from land navigation to the application of tactical knowledge and fieldcraft in jungle operations.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI-PEGAWAI KADET TENTERA DARAT PENGAMBILAN KE-25 MELAKSANAKAN EKSESAIS JUNGLE VICTORY

TUTONG, Sabtu, 17 Oktober 2026 – Pegawai-pegawai Kadet (PKdt) Tentera Darat daripada Pengambilan ke-25, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), telah menjalani Eksesais Jungle Victory yang merangkumi dua fasa dari 17 hingga 22 Oktober 2026. Latihan ini bermula dengan Eksesais Endurance Combat Navigation (ENDCOMNAV), diikuti dengan operasi hutan di Daerah Tutong. Program latihan ini bertujuan untuk membina kemahiran navigasi darat, ketahanan fizikal, pengetahuan taktikal, kemahiran lapangan, serta keupayaan kepimpinan PKdt secara berperingkat dalam persekitaran hutan yang mencabar.

Eksesais ini bermula dengan Fasa 1, iaitu Eksesais ENDCOMNAV, yang dijalankan dari 17 hingga 18 Oktober 2026. Fasa ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran asas navigasi darat dan ketahanan mental PKdt. Sepanjang eksesais tersebut,  PKdt mengaplikasikan kemahiran membaca peta, penggunaan kompas, perancangan laluan, dan pengekalan arah (bearing) untuk mencari checkpoint yang ditetapkan serta mencapai objektif yang ditugaskan merentasi hutan. Keadaan yang menuntut kekuatan fizikal dan mental ini menguji ketepatan navigasi, tumpuan, kesedaran situasi, dan kemahiran membuat keputusan mereka, di samping membina semangat kecekalan, keyakinan diri, serta keupayaan untuk mengatasi cabaran di kawasan yang berbeza.

Dengan kemahiran navigasi dan ketahanan yang dibina semasa Fasa 1, PKdt meneruskan latihan ke Fasa 2, iaitu Eksesais Jungle Victory, dari 19 hingga 22 Oktober 2026. Fasa ini menumpukan kepada aplikasi kemahiran yang telah dipelajari dalam operasi taktikal hutan melalui pelbagai aktiviti, termasuk rondaan kawasan, operasi serang hendap, peninjauan sasaran jarak dekat (Close Target Reconnaissance), dan serangan ke atas khemah musuh. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan PKdt untuk mempamerkan kebolehan dalam perancangan taktikal, pemerhatian, penyamaran, penyelarasan, dan pembuatan keputusan yang berkesan, sambil menekankan aspek komunikasi, kerja berpasukan, disiplin, dan kesedaran situasi dalam melaksanakan misi yang diberikan. Eksesais ini menyediakan latihan praktikal yang progresif bagi PKdt Pengambilan ke-25, beralih daripada kemahiran asas navigasi darat dan ketahanan individu kepada aplikasi pengetahuan taktikal serta kemahiran lapangan dalam operasi hutan.

SETIA, TAKWA, BERANI