MUARA, Monday, 12 October 2026 – The Land Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), underwent Riverine training exercise held in Pelumpong Island. The exercise aimed to enhance the OCdts’ knowledge, skills and understanding of riverine operations, while developing their confidence, adaptability, teamwork and leadership capabilities in a challenging operational environment.

During the theoretical phase, the OCdts were introduced to the fundamentals of riverine operations, including riverine craft capabilities, basic boat handling principles, operational procedures and essential water safety measures. The practical phase provided opportunities to apply this knowledge through vessel and equipment familiarisation, safe embarkation and disembarkation procedures, as well as basic boat movement and manoeuvring exercises. These activities emphasised the importance of effective communication, coordination, situational awareness, risk management and discipline when operating in riverine environments.

Riverine exercise provided valuable practical experience, enhancing their understanding of riverine operations while developing their confidence, adaptability and decision-making skills. The exercise also reinforced the importance of leadership, cooperation, adaptability and teamwork in preparing the OCdts for their future roles and responsibilities as officers of the Royal Brunei Armed Forces.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI-PEGAWAI KADET TENTERA DARAT PENGAMBILAN KE-25 MENJALANI EKSESAIS RIVERINE

MUARA, Isnin, 12 Oktober 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Darat Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), telah menyalani Eksesais Riverine di Pulau Pelumpong. Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman PKdt mengenai operasi sungai, di samping membangunkan keyakinan diri, kebolehsuaian, kerjasama berpasukan dan keupayaan kepimpinan dalam persekitaran operasi yang mencabar.

Semasa fasa teori, PKdt telah diperkenalkan kepada asas-asas operasi sungai, termasuk keupayaan yang digunakan dalam operasi sungai, prinsip asas pengendalian bot, prosedur operasi dan langkah-langkah keselamatan semasa di kawasan perairan. Fasa praktikal pula memberikan peluang kepada Pkdt untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut melalui sesi suai kenal bot dan peralatan, prosedur menaiki dan turun dari bot dengan selamat, serta latihan asas pergerakan dan aturgerak bot. Aktiviti-aktiviti ini menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan, penyelarasan, kesedaran situasi, pengurusan risiko dan disiplin semasa melaksanakan operasi dalam persekitaran perairan.

Eksesais Riverine telah memberikan pengalaman praktikal yang berharga dalam memperkukuhkan pengetahuan operasi, daya ketahanan dan keupayaan membuat keputusan dalam kalangan PKdt. Eksesais ini turut memperkukuhkan kepentingan kepimpinan, kerjasama, kebolehsuaian dan semangat berpasukan dalam mempersiapkan PKdt untuk memikul peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada masa hadapan.

SETIA, TAKWA, BERANI