TANAH JAMBU, Selasa 07 Mei 2018 – Seramai lima orang anggota AP ABDB telah dinaikkan pangkat di dalam Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan yang bertempat di Dewan Istiadat AP ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan Akademi Pertahanan ABDB, Kol Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan serta anggota AP ABDB.
Antara anggota yang diraikan ialah 14367 SSjn Hh Hilmee bin Hj Mat Juli dan 14431 SSjn Alizan bin Mohd Alikhan dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 13576 Sjn Syazwan bin Abdullah Gumpalan dan 15886 Sjn Suhardi bin Awg Suili dinaikkan ke pangkat Pemangku SSjn, manakala 21369 Sjn Hjh Noor Dina binti Hj Othman dinaikkan ke pangkat Sjn Tetap. Majlis kemudiannya disudahi dengan bacaan Doa Selamat dan jamuan.



