KAMPUNG TANAH JAMBU, Jumaat, 13 Oktober 2017 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi anggota AP ABDB. Acara diadakan di Markas AP ABDB, Kg Tanah Jambu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, sekaligus menyampaikan pangkat ialah Komandan AP ABDB, Kolonel Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan serta anggota AP ABDB.
 
Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai enam orang anggota. 16242 Pemangku Sarjan Ak Muhd Arif dinaikkan ke pangkat Sarjan Tetap, 15202 Pemangku Kopral Rozaiman dinaikkan ke pangkat Kopral Tetap dan 19038 Lans Kopral Abd Hafiz dinaikkan ke pangkat Pemangku Kopral. Manakala, dinaikkan ke pangkat Lans Kopral Tetap ialah 17901 Pemangku Lans Kopral Mohd Shahfizzy dan 21453 Pemangku Lans Kopral Rahmah. Sementara 17501 Soldadu Khairol Azlan dinaikkan ke pangkat Pemangku Lans Kopral.
Acara diteruskan dengan bacaan doa selamat, seterusnya bersalam bersama pegawai dan anggota AP ABDB dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.