Kampong Jerudong, Hari Jumaat 8 Jun 2018 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah mengadakan Aktiviti Membersihkan Tanah Perkuburan Islam di Kampong Jerudong sempena bulan Ramadhan 1439 Hijrah.

Aktiviti tersebut melibatkan pegawai-pegawai serta ahli anggota AP ABDB yang mana turut dihadiri oleh Kol Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff, Komandan AP ABDB. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Ssjn (U) Md Shahrin bin Hj Sarpudin. Aktiviti disusuli dengan membersihkan kubur secara bergotong-royong.
Aktiviti ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota AP ABDB serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.