TANAH JAMBU, Tuesday, 15 January 2019 – In conjunction with the upcoming Sovereign’s Parade, the Officer Cadets of Intake 17 Officer Cadet School held a Khatam Al-Quran event at the surau As-Syuhada, Defence Academy in Tanah Jambu.



PEGAWAI-PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-17 MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Tanah Jambu, Selasa, 15 Januari 2019 – Pegawai-Pegawai Kadet Pengambilan ketujuh belas telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena tamat latihan pegawai kadet. Majlis tersebut diadakan di Surau As-Syuhada, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tanah Jambu.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir juga ialah Komandan Akademi Pertahanan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Akademi Pertahanan dan Sekolah Pegawai Kadet.
Acara dimulakan selepas solat Asar dengan bacaan Takhtim diketuai oleh 52526 Pegawai Kadet Zulhamizan bin Jamil dan Doa Khatam yang dibaca oleh 52527 Pegawai Kadet Muhd Hamizan bin Haji Zaini, TLDB serta diikuti dengan Dikir Marhaban. Seramai 57 Pegawai Kadet Pengambilan ketujuh belas telah mengikuti majlis tersebut sebagai tanda kesyukuran selepas berjaya menamatkan latihan pegawai kadet selama 52 minggu.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan oleh 52525 Pegawai Kadet Muhd Hidayatullah Sinazulfikar bin Suip dan sesi makan petang.