TANAH JAMBU, Thursday, 5 November 2026 – Officer Cadets (OCdts) of Intake 25, Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), held the End of Special-to-Service (STS) Term Parade at the DA RBAF Parade Square, marking the successful completion of their service-specific phase of training and their transition towards the Final Term.
The parade was led by Captain Pengiran Wafauddin bin Pengiran Haji Ismail and reviewed by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of OCS DA RBAF, who inspected the parade contingents.
In his address, the Guest of Honour reflected on the Officer Cadets’ leadership development throughout their training journey, from learning to follow during Basic Military Training (BMT) to learning to lead during the Generic Term. He further highlighted the expectations of the STS Term, particularly in demonstrating their readiness to serve in their respective units and assume greater responsibilities as future military leaders.
The Guest of Honour also emphasised the importance of upholding core leadership values, including discipline, adaptability, flexibility, teamwork and cooperation. He reminded the Officer Cadets that these qualities are essential in overcoming challenges, fostering unity and achieving mission success. Additionally, he acknowledged the dedication, commitment and valuable contributions of the staff and instructors in guiding and developing the Officer Cadets throughout their training.
The parade marked another significant milestone in the Officer Cadets’ journey towards officership, reinforcing the importance of applying the leadership values, knowledge and experiences gained throughout their training as they prepare to enter the Final Term and take on greater responsibilities as future officers of the Royal Brunei Armed Forces.
SETIA, TAKWA, BERANI





PEGAWAI-PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25 MENGADAKAN PERBARISAN TAMAT SPECIAL-TO-SERVICE TERM
TANAH JAMBU, Khamis, 5 November 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-25, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), telah mengadakan Perbarisan Tamat Special-to-Service (STS) Term di Padang Kawad AP ABDB, bagi menandakan kejayaan menamatkan fasa latihan khusus perkhidmatan masing-masing serta peralihan mereka menuju ke Final Term.
Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Kapten Pengiran Wafauddin bin Pengiran Haji Ismail dan diperiksa oleh Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SPK AP ABDB, yang telah melaksanakan pemeriksaan ke atas kontinjen-kontinjen perbarisan.
Dalam ucapannya, Tetamu Kehormat mengimbas kembali perkembangan kepimpinan Pegawai-Pegawai Kadet sepanjang perjalanan latihan mereka, bermula daripada mempelajari cara untuk menjadi pengikut semasa Basic Military Training (BMT) kepada mempelajari cara untuk memimpin semasa Generic Term. Beliau seterusnya menekankan jangkaan sepanjang STS Term, khususnya dalam menunjukkan kesiapsiagaan mereka untuk berkhidmat di unit masing-masing serta memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai bakal pemimpin tentera.
Tetamu Kehormat turut menekankan kepentingan mengamalkan nilai-nilai teras kepimpinan, termasuk disiplin, kebolehsuaian, fleksibiliti, semangat kerja berpasukan dan kerjasama. Beliau mengingatkan Pegawai-Pegawai Kadet bahawa ciri-ciri tersebut amat penting dalam menghadapi cabaran, memupuk perpaduan serta mencapai kejayaan misi. Selain itu, beliau turut memberikan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan sumbangan berharga para kakitangan serta jurulatih dalam membimbing dan membentuk Pegawai-Pegawai Kadet sepanjang latihan mereka.
Perbarisan tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan Pegawai-Pegawai Kadet menuju ke arah pentauliahan sebagai pegawai tentera, di samping memperkukuhkan kepentingan mengaplikasikan nilai-nilai kepimpinan, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan mereka sebagai persediaan untuk melangkah ke Final Term dan memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai bakal pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
SETIA, TAKWA, BERANI