TANAH JAMBU, Friday, 6 November 2026 – The Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), hosted a Regimental Dinner at the DA RBAF Ceremonial Hall to mark the completion of their Special-to-Service (STS) Term.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of OCS DA RBAF. Also in attendance were OCS DA RBAF officers, invited guests from the respective services and OCdts of Intake 25.

The Regimental Dinner provided an opportunity for the Guest of Honour, officers and invited guests to engage with the OCdts, exchange experiences and strengthen professional relationships in a formal regimental setting. The occasion also fostered camaraderie, mutual respect and a sense of unity among those in attendance.

The programme featured a video presentation highlighting the OCdts’ training experiences and achievements throughout the STS Term, along with a speech delivered by the Guest of Honour. The occasion provided an opportunity to reflect on the lessons gained during their respective service training and spoke about the significance of the Regimental Dinner and its role in strengthening bonds and fostering camaraderie among the Officers.

The Regimental Dinner forms part of regimental training at the Officer Cadet School. It reinforces regimental traditions and discipline, develops the Officer Cadets’ sense of responsibility as future commissioned officers, and fosters camaraderie among them. In hosting the dinner, the Officer Cadets applied the principles of Planning, Organising, Directing and Controlling to ensure the evening was conducted in an orderly and dignified manner, in keeping with established mess etiquette and regimental customs.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI-PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25 MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT

TANAH JAMBU, Jumaat, 6 November 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat di Dewan Istiadat, AP ABDB, bersempena dengan tamatnya Special-to-Service Term. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pencapaian dan pengalaman Pegawai-Pegawai Kadet sepanjang latihan perkhidmatan masing-masing, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim, perpaduan dan semangat setiakawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SPK AP ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai SPK AP ABDB, tetamu jemputan daripada perkhidmatan masing-masing serta Pegawai-Pegawai Kadet Pengambilan Ke-25.

Majlis Makan Malam Beradat tersebut memberi peluang kepada Tetamu Kehormat, pegawai-pegawai dan tetamu jemputan untuk berinteraksi bersama Pegawai-Pegawai Kadet, berkongsi pengalaman serta mengeratkan hubungan profesional dalam suasana rasmi rejimental. Majlis ini juga memupuk semangat setiakawan, saling menghormati dan perpaduan dalam kalangan para hadirin.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video yang memaparkan pengalaman latihan dan pencapaian Pegawai-Pegawai Kadet sepanjang Special-to-Service Term, serta ucapan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. Majlis tersebut memberikan peluang untuk mengimbas kembali pengajaran yang diperoleh sepanjang latihan perkhidmatan masing-masing serta menyentuh tentang makna Majlis Makan Malam Beradat dan peranannya dalam mengeratkan hubungan dan memupuk semangat setiakawan dalam kalangan Pegawai – Pegawai.

Majlis Makan Malam Beradat merupakan salah satu komponen latihan rejimental di Sekolah Pegawai Kadet yang bertujuan untuk memperkukuh penghayatan terhadap tradisi rejimental, memupuk disiplin dan membina rasa tanggungjawab dalam kalangan Pegawai Kadet sebagai bakal pegawai tentera. Majlis ini turut mengeratkan hubungan dan memupuk semangat setiakawan dalam kalangan Pegawai Kadet. Melalui perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan majlis, para Pegawai Kadet berpeluang mengaplikasikan kemahiran kepimpinan bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur dan penuh istiadat, selaras dengan etika dan adat rejimental.

SETIA, TAKWA, BERANI