TANAH JAMBU, Wednesday, 12 August 2026 – Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), today received a farewell call from Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan, the outgoing Defence Attaché of the Socialist Republic of Viet Nam to Brunei Darussalam, and an introductory call from Colonel Trinh Ke Van, the incoming Defence Attaché of the Socialist Republic of Viet Nam to Brunei Darussalam.
During the calls, both sides exchanged views on matters of mutual interest, particularly on Professional Military Education (PME). The Commandant welcomed Viet Nam’s continued and upcoming participation in the RBAF Intermediate Staff Course (ISC), reflecting the strong PME cooperation between both sides.
Both sides also highlighted the importance of maintaining active exchanges between their respective defence institutions. The Commandant acknowledged the support and hospitality extended during the recent overseas tour to Viet Nam by the RBAF Command and Staff Course cohort, which provided valuable opportunities for professional interaction, exchange of perspectives and greater mutual understanding.
The calls also reaffirmed the shared interest in strengthening defence education and training cooperation through courses, professional exchanges, study visits and other mutually beneficial activities. The Commandant also expressed hope for Viet Nam’s continued and broader participation in the Defence Academy’s PME programmes, including future opportunities in the RBAF Command and Staff Course and Officer Cadet Course.
At the conclusion of the calls, the Commandant conveyed his appreciation to Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan for his support and cooperation during his tenure in Brunei Darussalam and wished him every success in his future endeavours. He also congratulated Colonel Trinh Ke Van on his appointment and expressed confidence that the close and friendly defence relations between Brunei Darussalam and the Socialist Republic of Viet Nam would continue to strengthen.




KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN ATASÉ PERTAHANAN VIET NAM KE AKADEMI PERTAHANAN ABDB
TANAH JAMBU, Rabu, 12 Ogos 2026 – Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan, Atasé Pertahanan Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan tugas, serta kunjungan pengenalan daripada Colonel Trinh Ke Van, Atasé Pertahanan Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama, khususnya berkaitan Pendidikan Ketenteraan Profesional (Professional Military Education – PME). Komandan mengalu-alukan penyertaan berterusan dan akan datang Viet Nam dalam Kursus Staf Pertengahan ABDB, yang mencerminkan kerjasama erat antara kedua-dua pihak dalam bidang PME.
Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan mengekalkan pertukaran aktif antara institusi pertahanan masing-masing. Komandan turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan layanan yang diberikan semasa lawatan sambil belajar peserta Kursus Maktab Turus ABDB ke-16 ke Viet Nam baru-baru ini. Lawatan tersebut telah memberikan peluang berharga untuk interaksi profesional, pertukaran pandangan serta peningkatan persefahaman bersama.
Kunjungan tersebut turut menegaskan kepentingan bersama dalam memperkukuhkan kerjasama pendidikan dan latihan pertahanan melalui penyertaan dalam kursus, pertukaran profesional, lawatan sambil belajar serta aktiviti lain yang memberi manfaat bersama. Komandan turut menyatakan harapan agar Viet Nam akan terus memperluaskan penyertaannya dalam program-program PME Akademi Pertahanan, termasuk peluang penyertaan pada masa akan datang dalam Kursus Maktab Turus ABDB serta Kursus Pegawai Kadet.
Pada akhir kunjungan tersebut, Komandan menyampaikan penghargaan kepada Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam. Komandan turut mengucapkan tahniah kepada Kolonel Trinh Ke Van atas pelantikannya dan menyatakan keyakinan bahawa hubungan pertahanan yang rapat dan mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Viet Nam akan terus diperkukuhkan.