TANAH JAMBU, Rabu 24 Januari 2018 - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah membuat kunjungan perpisahan sempena persaraan ke Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.Ketibaan Pemerintah ABDB di Surau Ashyuhada AP ABDB telah disambut oleh Kolonel Saiful-Akhmar bin Haji Mohd Shariff, Komadan AP ABDB berserta Pegawai-pegawai Kanan bagi menunaikan Solat Fardhu Asar berjemaah. Kemudian Upacara kunjungan perpisahan diteruskan di Ceremonial Hall dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan menerima kata alu-aluan daripada Komandan AP ABDB, wakil Pegawai dan Wakil Lain lain Peringkat. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kenangan dan ucapan balas daripada Yang Dimuliakan Pemerintah ABDB dan Doa Khas sempena persaraan Yang Dimuliakan Pemerintah ABDB. Dalam ucapan tersebut, Pemerintah ABDB telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada warga AP ABDB di atas komitmen, kemajuan, dedikasi, kerja keras untuk yang telah diberikan sepanjang tempoh pemerintahan beliau serta melahirkan perasaan kepercayaan beliau terhadap AP ABDB untuk membawa Akademi Pertahanan maju kehadapan sama ada dalam latihan dan pendidikan pada tahun-tahun yang mendatang.
Yang Dimuliakan Pemerintah ABDB seterusnya dijemput bagi sesi bersalaman dan interaksi bersama warga AP ABDB dan diakhiri menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai bersama seluruh warga AP ABDB sebelum meinggalkan AP ABDB dengan menerima Hormat Panglima dari Kawalan Suku yang terdiri daripada anggota-anggota AP ABDB.
THE COMMANDER RBAF PAYS FAREWELL VISIT TO DEFENCE ACADEMY
TANAH JAMBU, Wednesday 24 January 2018 - The Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah paid a farewell visit to Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu.
Upon his arrival, the Commander RBAF was received by Colonel Saiful-Akhmar bin Hj Mohd Shariff, the Commandant of DA RBAF along with Senior Officers at Surau Ashyuhada for Mass Asar prayers. The farewell visit then continued at the Ceremonial hall where Commandant DA RBAF opened with his opening remarks, followed by speech from officers and other ranks representatives. The Commander of RBAF then delivered a speech and received commemorative mementos from the Commandant of Defence Academy and Doa. In his Speech, the Commander RBAF thanked to all members of Defence Academy for the commitments, developments, hardworking on Defence Academy has gone thorugh during his leadership as the Commander of RBAF and he believed it will prolonged with more achievement in the future.
The session concluded with interaction with all members of DA RBAF, the signing of parchment and a photo session. Upon his departure from DA RBAF the Commander received the honourary salute from DA RBAF personnel.




