TANAH JAMBU, Wednesday, 16 January 2019 – A Contract Signing Ceremony was held between the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) and Universiti Brunei Darussalam (UBD) at the Auditorium DA RBAF.



AKADEMI PERTAHANAN ABDB DAN UBD TANDATANGANI PERJANJIAN
TANAH JAMBU, Rabu 16 Januari 2019 – Majlis Menandatangani Kontrak di antara Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah diadakan di Auditorium AP ABDB.
Kontrak selama tiga tahun ini menandakan bermulanya kolaborasi di antara kedua buah institut di mana UBD telah terpilih sebagai penyampai silibus akademik bagi Kursus Maktab Turus bagi menggantikan Massey University, New Zealand yang telah bekerjasama dengan Maktab Turus AP ABDB dalam mengendalikan kursus berkenaan bagi lapan tahun kebelakangan ini.
Majlis penandantanganan disaksikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB dan Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Naib Canselor UBD.
Menandatangani bagi pihak ABDB/Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam ialah Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan AP ABDB sementara UBD diwakili oleh Pengiran Dr. Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UBD.
Kursus yang dijalankan selama 40 minggu ini diadakan setahun sekali dan tahun ini merupakan siri yang ke-9 sejak ianya mula dikendalikan pada penghujung tahun 2010. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional secara taktikal dan akademik bagi mempelajari isu-isu strategik masa kini dan kesannya terhadap mereka yang bertugas di dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Peserta kursus yang berjaya memenuhi syarat akan dianugerahkan Graduate Diploma in Defence and Security Studies dari UBD dan akan berpeluang untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat Ijazah Lanjutan.