BERAKAS GARRISON, Wednesday, 05 August 2026 – Three officers from the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), 1010 Major Shazwani binti Haji Ali, Officer Commanding Administrative DA RBAF, 1108 Major Hajah Auni ‘Afifah @ Yumni binti Haji Ali Hassan, Directing Staff 1 Leadership and Management Centre DA RBAF, and 1125 Lieutenant Commander Haji Ahmad Ahdaa bin Haji Ahmad, RBN, Training Officer, Officer Cadet School DA RBAF have successfully completed the All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) 2026, which was conducted for eight weeks from 15 June 2026 to 05 August 2026 at the Combined Arms Training Centre (CATC), Penanjong Garrison.
Present as the Guest of Honour during the closing ceremony was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces. The ceremony was also attended by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Acting Commandant DA RBAF, RBAF senior officers and Foreign Defence Attaches and Advisers.
A total of 21 officers successfully completed the course, including four international participants from the Indonesian Army, Malaysian Army, Philippines Army and Singapore Army. Their participation reflects the continued commitment among regional armed forces to strengthen defence cooperation, military professionalism and interoperability through professional military education.
In his speech, the Guest of Honour emphasised that the current security environment is increasingly complex and rapidly evolving, requiring military officers to remain adaptable, professionally competent and ready to respond to both conventional and non-conventional threats. He highlighted that the true strength of an armed force lies not only in its combat capability, but also in its professional leadership, operational readiness, strong partnerships and ability to preserve peace through credible deterrence.
He further described the AASTC as more than a professional military education programme, noting that it serves as an important platform for strengthening defence diplomacy, enhancing interoperability and fostering lasting professional relationships among participating armed forces. Graduates were encouraged to continue leading with integrity, courage and committed to a lifelong learning throughout their military careers.
The successful completion of the course by DA RBAF officers reflects DA RBAF’s continued commitment to developing competent, professional and future-ready officers capable of undertaking higher responsibilities while contributing to national defence and regional peace and stability.
The AASTC is designed to enhance the capabilities of land-oriented officers in planning and executing tactical operations at the battalion level, as well as conducting operational planning at the Field Headquarters RBLF. The course also prepares officers for greater responsibilities and future appointments within a joint operational environment.



TIGA ORANG PEGAWAI AKADEMI PERTAHANAN ABDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS ALL ARMS STAFF AND TACTICS COURSE (AASTC) 2026
BERAKAS GARISON, Rabu, 05 Ogos 2026 – Seramai tiga (03) Pegawai dari Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), 1010 Mejar Shazwani binti Haji Ali, Pegawai Memerintah Pentadbiran AP ABDB, 1108 Mejar Hajah Auni ‘Afifah @ Yumni binti Haji Ali Hassan, Juruarah 1 Pusat Kepimpinan dan Pengurusan AP ABDB dan 1125 Leftenan Komander Haji Ahmad Ahdaa bin Haji Ahmad, TLDB, Pegawai Latihan Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB telah berjaya menamatkan Kursus All Arms Staff and Tactics Course (AASTC) 2026 yang berlangsung selama lapan minggu bermula dari 15 Jun 2026 hingga 05 Ogos 2026 di Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT), Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pemangku Komandan AP ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB serta Atase dan Penasihat Pertahanan Luar Negara.
Seramai 21 orang pegawai telah berjaya menamatkan kursus tersebut, termasuk empat orang pegawai daripada Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat, Tentera Darat Malaysia, Tentera Darat Filipina dan Tentera Darat Republik Singapura. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan negara-negara serantau dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan, profesionalisme ketenteraan dan interoperabiliti melalui latihan bersama.
Semasa ucapan, Tetamu Kehormat telah menekankan bahawa landskap keselamatan masa kini semakin kompleks dan sentiasa berubah, sekaligus menuntut pegawai tentera agar sentiasa bersedia dan berfikiran kritikal, selain mampu menyesuaikan diri serta membuat keputusan secara profesional dalam menghadapi pelbagai ancaman konvensional dan bukan konvensional. Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan sesebuah angkatan tentera bukan sahaja diukur melalui keupayaan tempur, malah melalui kepimpinan profesional, kesiapsiagaan, kerjasama yang erat dan keupayaan mengekalkan keamanan melalui pencegahan yang berwibawa.
Beliau turut menyatakan bahawa AASTC bukan sekadar program pendidikan tentera profesional, malah ianya adalah landasan penting dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan, meningkatkan interoperabiliti serta membina rangkaian kerjasama antara pegawai tentera dari negara-negara sahabat. Para peserta kursus juga diseru agar terus memimpin dengan integriti, berani dan komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat demi menghadapi cabaran operasi masa hadapan.
Kejayaan ketiga-tiga pegawai AP ABDB menamatkan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan AP ABDB dalam melahirkan pegawai yang kompeten, profesional dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam mempertahankan keselamatan negara serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Kursus AASTC bertujuan meningkatkan keupayaan pegawai berorientasikan elemen darat dalam merancang dan melaksanakan operasi taktikal di peringkat batalion serta perancangan operasi di peringkat Markas Medan TDDB. Kursus ini juga mempersiapkan para pegawai untuk menggalas jawatan dan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam persekitaran operasi angkatan bersama.