
TANAH JAMBU, Tuesday, 25 November 2025 – The Defence Academy of the Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) marked its 15th Anniversary with a Doa Kesyukuran at Surau Asy-Syuhada, followed by a commemorative ceremony at the Ceremonial Hall. Present as Guest of Honour was Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of DA RBAF.
The Doa Kesyukuran began with the Zohor Prayer, Sunat Hajat, the recitation of Surah Yaasin and Tahlil, and a special Tazkirah titled “Syukur 15 Tahun: Menghargai Nikmat, Memperkukuhkan Amanah.” The programme continued with a cake-cutting ceremony accompanied by selawat and a group photo with the Commandant, senior officers, and all DA RBAF personnel.
In his keynote address, the Commandant reflected on the Academy’s achievements, major milestones, and its aspiration to remain outstanding, respected and relevant amid an increasingly complex regional and global environment.
He also highlighted DA RBAF’s transformation since 2021, particularly its partnership with Universiti Brunei Darussalam, which led to the establishment of the Faculty of Military Studies and the introduction of the Master of Defence and Security Studies. He added that the Bachelor of Defence and Strategic Studies is planned to commence next year, reflecting the Academy’s commitment to advancing a more professional, systematic and forward-looking era of military education in Brunei.
Internationally, DA RBAF’s successful hosting of the 1st and 2nd South-East Asia Conference of Commandants, along with strengthened ties with global defence institutions, affirms the Academy’s growing recognition and credibility on the regional stage.
As part of the celebration, the Excellence Award for an outstanding Senior Non-Commissioned Officer was presented to Staff Sergeant Nur’Ainaa binti Abdullah Eden. The inaugural 15th Anniversary Logo Competition also concluded with three winners: Kapten Rafidah binti Metussin (3rd place), Warrant Officer 1 (U) Abdul Hadi bin Abdullah Maripa (2nd place), and Captain Noor’Afnie bin Azmi, who secured 1st place.
The event also featured a commemorative video showcasing the journey and achievements of DA RBAF since its establishment, followed by light refreshments. The celebration concluded with a closing prayer and a meet-and-greet session between the Commandant and DA RBAF personnel.
AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-15
TANAH JAMBU, Selasa, 25 November 2025 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah meraikan Ulang Tahun ke-15 dengan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Asy-Syuhada, diikuti dengan upacara peringatan di Dewan Istiadat. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan AP ABDB.
Majlis Doa Kesyukuran dimulakan dengan Sembahyang Zohor, Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin dan Tahlil, serta Tazkirah khas bertajuk “Syukur 15 Tahun: Menghargai Nikmat, Memperkukuhkan Amanah.” Acara diteruskan dengan upacara memotong kek yang disertai dengan selawat dan sesi bergambar bersama Komandan, pegawai kanan, serta seluruh warga AP ABDB.
Dalam ucapan utamanya, Komandan menyingkap pencapaian Akademi, detik bersejarah, serta aspirasi untuk kekal unggul, dihormati dan relevan dalam persekitaran serantau dan global yang semakin kompleks.
Beliau turut menekankan transformasi AP ABDB sejak 2021, khususnya kerjasama dengan Universiti Brunei Darussalam yang membawa kepada penubuhan Fakulti Pengajian Ketenteraan serta pengenalan program Master of Defence and Security Studies. Beliau menambah bahawa program Bachelor of Defence and Strategic Studies dijangka bermula tahun hadapan, mencerminkan komitmen Akademi untuk memajukan era pendidikan ketenteraan di Brunei yang lebih profesional, sistematik dan berpandangan jauh.
Di peringkat antarabangsa, penganjuran berjaya South-East Asia Conference of Commandants kali pertama dan kedua, serta hubungan yang
semakin kukuh dengan institusi pertahanan global, mengukuhkan lagi pengiktirafan dan kredibiliti AP ABDB di pentas serantau.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Anugerah Kecemerlangan bagi Pegawai tidak bertauliah Kanan telah disampaikan kepada Staf Sarjan Nur’Ainaa binti Abdullah Eden. Pertandingan Penciptaan Logo Ulang Tahun ke-15 yang pertama turut berakhir dengan tiga pemenang: Kapten Rafidah binti Metussin (tempat ke-3), Warrant Officer 1 (U) Abdul Hadi bin Abdullah Maripa (tempat ke-2), dan Kapten Noor’Afnie bin Azmi yang memenangi tempat pertama.
Acara turut menayangkan video peringatan yang memaparkan perjalanan dan pencapaian AP ABDB sejak penubuhannya, diikuti dengan
jamuan ringan. Sambutan diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi ramah mesra antara Komandan dan warga AP ABDB.