Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE RBAF ESSAY WRITING COMPETITION 2023

DEWAN PAHLAWAN, BERAKAS GARRISON, Tuesday, 16 December 2025 – The Prize Presentation Ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Essay Writing Competition 2023 was held in conjunction with the RBAF Study Day, organised by the Royal Brunei Navy (RBN), at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison today. Present as the Guest of Honour was The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.

The Prize Presentation Ceremony began with remarks by Lt Col Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Commandant of the Defence Academy (DA) RBAF. He reflected on the competition’s three-decade legacy in nurturing officers’ critical and analytical thinking. In underscoring DA RBAF’s commitment to upholding academic integrity amid evolving technological developments, he also announced the forthcoming introduction of an Artificial Intelligence (AI) Use Guideline. A video presentation then followed, which traced the 30-year journey of the RBAF Essay Writing Competition, highlighting key milestones and featuring reflections from past first-place winners on the competition’s lasting impact on their professional and intellectual development.

The event then proceeded with the Prize Presentation Ceremony for the RBAF Essay Writing Competition 2023 by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. The 2023 edition introduced Category Winners alongside the Top Ten Winners to recognise outstanding essays across the key themes.

First place was awarded to 1203 Lt JG Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman from the Royal Brunei Navy; second place to 1233 Maj (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif from the Royal Brunei Land Force; and third place to 964 Maj (U) Muhammad Izdihar bin Imran from the Royal Brunei Air Force. 1374 Maj Nurbazilah binti Haji Jamaludin from the Judge Advocate General’s Office received the award for Best Essay in the RBAF Category; 1203 Lt JG Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, RBN for the Brunei Darussalam Category; and 964 Maj (U) Muhammad Izdihar bin Imran for the International Affairs Category. Among the top 10 winners include officers and an officer cadet from DA RBAF, 1109 Lt Cdr Qurratu’aini Qayyimah Dr. Al-Haj Zelzy, RBN; 1201 Cpt Nursazwilla binti Rosdie; 1256 Cpt Zulhamizan bin Awang Jamil; and OCdt Ahmad Dzulkhairi bin Awg Hj Mail.

As the RBAF Essay Writing Competition enters its fourth decade, it remains a vital Professional Military Education platform for fostering critical thinking and analytical rigour in addressing future defence and security challenges.
 


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENULIS ESEI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2023

DEWAN PAHLAWAN, BERAKAS GARISON, Selasa, 16 Disember 2025 – Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2023 telah diadakan bersama dengan Hari Pengajian ABDB yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Dewan Pahlawan, Berakas Garison pada hari ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Majlis Penyampaian Hadiah dimulakan dengan ucapan oleh Lt Kol Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan (AP) ABDB. Dalam ucapannya, beliau mengimbas legasi pertandingan ini sepanjang tiga dekad dalam memupuk pemikiran kritikal dan analitikal dalam kalangan pegawai. Seiring dengan komitmen AP ABDB untuk menegakkan integriti akademik dalam menghadapi perkembangan teknologi yang semakin pesat, beliau turut mengumumkan pengenalan Garis Panduan Penggunaan AI yang akan diperkenalkan di AP ABDB di waktu yang terdekat. Majlis diteruskan dengan tayangan video yang menelusuri perjalanan 30 tahun Peraduan Penulisan Esei ABDB, mengetengahkan pencapaian penting serta perkongsian pengalaman daripada pemenang tempat pertama terdahulu mengenai impak berterusan pertandingan ini terhadap pembangunan profesional dan intelektual mereka.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei ABDB 2023 yang disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Edisi 2023 memperkenalkan pengiktirafan Pemenang Kategori di samping Sepuluh Pemenang Terbaik bagi mengenal pasti esei-esei cemerlang dalam tema-tema utama.

Tempat pertama disandang oleh 1203 Lt Dya Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman daripada TLDB; tempat kedua kepada 1233 Mej (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif daripada Tentera Darat Diraja Brunei; dan tempat ketiga kepada 964 Mej (U) Muhammad Izdihar bin Imran daripada Tentera Udara Diraja Brunei. Pemenang Kategori telah dianugerahkan kepada 1374 Mej Nurbazilah binti Haji Jamaludin bagi Kategori ABDB dari Pejabat Perundangan Tentera; 1203 Lt Dya Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, TLDB bagi Kategori Negara Brunei Darussalam; dan 964 Mej (U) Muhammad Izdihar bin Imran bagi Kategori Hal Ehwal Antarabangsa. Antara 10 pemenang terbaik terdiri daripada pegawai-pegawai dan seorang pegawai kadet dari AP ABDB iaitu 1109 Lt Kdr Qurratu’aini Qayyimah Dr. Al-Haj Zelzy, RBN; 1201 Kpt Nursazwilla binti Rosdie; 1256 Kpt Zulhamizan bin Awang Jamil; serta PKdt Ahmad Dzulkhairi bin Awg Hj Mail.

Ke arah dekad keempat Pertandingan Penulisan Esei RBAF, ia kekal sebagai platform Pendidikan Tentera Profesional yang penting dalam memupuk pemikiran kritikal, ketelitian analitikal, dan kecemerlangan profesional bagi menangani cabaran pertahanan dan keselamatan masa hadapan.