KAMPUNG TANAH JAMBU, Wednesday, 2 February 2022 – The Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat attended a farewell visit to Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) this afternoon.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Religious Teacher DA RBAF. The ceremony then continued with a speech from Colonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yussof, Commandant DA RBAF where he stated that among significant contributions of YM Dato to the DA RBAF is the emphasis on spiritual strength in training and education which has been instilled into the Officer Cadet School Training program, hence able to produce quality Officers based on Values Based Leadership in line with the RBAF Core Values (Loyalty, Piety, Courage and Professionalism). The Commandant of DA RBAF also in his speech took the analogy of taking care of the bonsai tree as a reflection towards YM Dato leadership and personality which requires a lot of patience, calmness and good care.
After a short video clip presentation on YM Dato’s previous visits to the DA RBAF, YM Dato then delivered speech where he underlined that it is important for all to leave footprints for others to look back and follow. He also advised all to guard own spiritual beliefs to avoid wrong doings and decisions. In addition, YM Dato encourage DA RBAF to adapt changes, aim for improvements in curriculum and training program as well as upholding professionalism.
The ceremony then continued with the presentation of
commemorative mementos from DA RBAF Officers, Officer Cadet School, Staff College Course participants 11/2021, Intermediate Staff Course 21/2022 participants as well as the Other Ranks.
The ceremony continued with a group photo session, tree planting ceremony and concluded with the signing of parchment.







KUNJUNGAN PERPISAHAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE
AKADEMI PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU, Rabu, 2 Februari 2022 – Kunjungan Perpisahan Yang Mulia Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ke Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah berlangsung pada petang ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Guru Ugama Terlatih AP ABDB dan seterusnya ucapan daripada Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yussof, Komandan AP ABDB. Dalam ucapan beliau, antara sumbangan signifikan YM Dato kepada AP ABDB adalah penekanan terhadap kepentingan kekuatan kerohanian dalam latihan dan pembelajaraan seperti yang telah diterapkan ke dalam program latihan Sekolah Pegawai Kadet agar dapat menghasilkan Pegawai-Pegawai yang berkualiti serta berlandaskan Values Based Leadership selari dengan Core Values atau Nilai-nilai Teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Setia, Takwa, Berani dan Professionalism). Komandan AP ABDB, dalam ucapan beliau turut mengambil analogi pokok bonsai sebagai gambaran terhadap kepimpinan serta keperibadian YM Dato iaitu dari segi penjagaan pokok bonsai yang memerlukan kesabaran yang tinggi, ketenangan serta pemedulian yang baik. Analogi tersebut mencerminkan kepimpinan serta keperibadian YM Dato yang sentiasa bersikap sabar sepanjang pemerintahan beliau dan sering mengambil tahu tentang hal ehwal anggota ABDB.
Majlis diteruskan dengan tayangan video klip pendek lawatan-lawatan YM Dato ke AP ABDB dan kemudian diteruskan dengan ucapan daripada YM Dato. Dalam ucapan YM Dato, beliau menekankan akan kepentingan meninggalkan jejak (footprints) agar dapat dijadikan kenangan dan ikutan serta meningatkan untuk sentiasa memelihara kepercayaan agama agar terhindar dari melakukan perbuatan atau membuat keputusan yang salah. YM Dato turut menasihatkan agar AP ABDB terus dapat menerima perubahan, sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan menambahbaik program latihan dan kurikulum serta mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Pegawai-pegawai AP ABDB, Sekolah Pegawai Kadet, peserta-peserta Kursus Maktab Turus Sesi 11/2021, peserta-peserta Kursus Staf Pertengahan 21/2022 serta PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah AP ABDB.
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bergambar ramai, acara penanaman pokok dan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.