TANAH JAMBU, Tuesday, 11 April 2023 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) held a religious function to celebrate the Nuzul Al-Quran for 1444 Hijrah earlier today at the As-Syuhada Surau, DA RBAF, Tanah Jambu. The ceremony was attended by the Commandant of DA RBAF, Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, as the Guest of Honor. Also present to further enliven the ceremony were Senior Officers, Officers, Personnel, and the Officer Cadets of Intake 22.
The ceremony commenced with a mass Zuhr prayer, followed by the recitation of verse 1-5 of Surah Al-Qadr led by 13913 SSgt (U) Zulsham bin Haji Abdullah and continued with a special talk by Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, a Religious Development Officer from Pusat Da’wah Islamiah, Ministry of Religious Affairs. The talk, ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal, dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran’, highlights the importance of reading and referring to the Al-Quran as our daily guidance.
Nuzul Al-Quran signifies the revelation of the first verse of the Holy Quran to the Prophet Muhammad (SAW). The Quran is the complete epitome of Islam, as it provides the central idea of what Islam offers and its requirements from its followers and the recitation of the Al-Quran possesses an abundance of rewards.

AKADEMI PERTAHANAN MERAIKAN NUZUL AL-QURAN 1444H
TANAH JAMBU, Selasa, 11 April 2023 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) mengadakan majlis keagamaan bagi menyambut Nuzul Al-Quran 1444 Hijrah pada pagi ini di Surau As-Syuhada, AP ABDB, Tanah Jambu. Majlis tersebut dihadiri oleh Komandan AP ABDB, Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir memeriahkan lagi majlis ialah Pegawai Kanan, Pegawai, Kakitangan, dan Pegawai Kadet Pengambilan 22.
Majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, diikuti dengan bacaan ayat 1-5 Surah Al-Qadr yang dipimpin oleh 13913 SSgt (U) Zulsham bin Haji Abdullah dan diteruskan dengan ceramah khas oleh Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, seorang Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ceramah yang bertemakan, ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal, dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran’, menyerlahkan kepentingan membaca dan merujuk kepada Al-Quran sebagai panduan harian kita.
Nuzul Al-Quran menandakan turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad (SAW). Al-Quran adalah lambang Islam yang lengkap, kerana ia memberikan idea utama tentang apa yang Islam tawarkan dan keperluannya daripada pengikutnya dan bacaan Al-Quran mempunyai banyak pahala.