TANAH JAMBU, Tuesday, 04 July 2023 – A total of 90 officers from the Malaysian Armed Forces Defence College (MAFDC) Course serial 43/2023 conducted a field study visit to Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) this morning.
Upon arrival at DA RBAF, the MAFDC delegation led by First Admiral Badarudin bin Taha, RMN, Commandant of MAFDC was welcomed by Colonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yusof, Commandant DA RBAF.
During the visit, the MAFDC delegation was briefed by representatives from the Directorate of Intelligence on ‘Organisational Structure – The Ministry of Defence and RBAF’, the Directorate of Defence Policy on ‘Defence White Paper 2021’ and SHHBIDSS with the title ‘Regional Security Outlook’. The objective of the briefs were to share information, knowledge and exchange views on the strategic outlook, policies and organizational structure of the Ministry of Defence and the RBAF.
Following the briefing, the delegation had lunch at the Ceremonial Hall DA RBAF. Present as invited guests were Yang Mulia Brigadier General Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of Royal Brunei Land Force and Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, RBAF Joint Force Commander whom are alumni of MAFDC.
The MAFDC is in Brunei Darussalam for a one-day visit hosted by DA RBAF. The visit is part of their ‘In Country Field Study Visit to Borneo’ Program that include visits to Sabah and Sarawak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LAWATAN ROMBONGAN MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE AKADEMI PERTAHANAN ABDB
TANAH JAMBU, Selasa, 04 Julai 2023 – Seramai 90 orang daripada kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Malaysia sesi 43/2023 telah membuat lawatan ke Akademi Pertahanan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) pada pagi ini.
Ketibaan rombongan MPAT yang diketuai oleh Laksamana Pertama Badarudin bin Taha, Komandan MPAT ke AP ABDB telah disambut oleh Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yusof, Komandan AP ABDB.
Rombongan MPAT telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatanarah Perisikan bertajuk ‘Organisational Structure – The Ministry of Defence and RBAF’, Jabatanarah Dasar Pertahanan dengan tajuk ‘Defence White Paper 2021’ dan IPPSSHHB bertajuk ‘Regional Security Outlook’. Objektif bagi taklimat-taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat, pengetahuan serta pertukaran pandangan mengenai strategic outlook, dasar serta struktur organisasi Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Dikesempatan itu juga, jamuan makan tengahari turut diadakan bertempat di Dewan Istiadat AP ABDB bagi meraikan rombongan MPAT. Antara yang diundang bagi menghadiri acara tersebut ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB yang merupakan alumni kursus MPAT.
Keberadaan rombongan MPAT Malaysia di Negara Brunei Darussalam selama sehari ini telah dihoskan oleh AP ABDB. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program kursus iaitu In Country Field Study Visit ke Borneo termasuk Sabah dan Sarawak.