TANAH JAMBU, Wednesday, 24 June 2026 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) received a courtesy call from Major General (Rtd) Suzanne P. Vares-Lum, Director of the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS).
During the call, Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of DA RBAF, and Major General (Rtd) Suzanne P. Vares-Lum discussed potential areas of collaboration between DA RBAF and DKI APCSS in Professional Military Education, training, knowledge exchange and capacity building.
The discussion also focused on strengthening bilateral cooperation through curriculum development, visiting lecturers, academic and professional exchanges, as well as collaboration in the use of Artificial Intelligence and related policies. Both sides also exchanged views on areas of mutual interest, including emerging technology, defence diplomacy and strategic thinking, with the aim of supporting DA RBAF’s role in developing future-ready RBAF officers and contributing to wider defence objectives, including the Defence White Paper Update 2026.
The Commandant also expressed his appreciation for the support and continued participation of the United States in the RBAF Command and Staff Course (CSC) since 2011, as well as previous engagements with DKI APCSS, including its academic contribution to the 14th RBAF CSC in 2024. Both sides looked forward to exploring a more structured and mutually beneficial partnership between DA RBAF and DKI APCSS.



AKADEMI PERTAHANAN ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH DANIEL K. INOUYE ASIA-PACIFIC CENTER FOR SECURITY STUDIES (DKI APCSS)
TANAH JAMBU, Rabu, 24 Jun 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral (Bersara) Suzanne P. Vares-Lum, Pengarah Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS).
Semasa kunjungan tersebut, Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan AP ABDB, bersama Mejar Jeneral (B) Suzanne P. Vares-Lum telah membincangkan potensi kerjasama antara AP ABDB dan DKI APCSS dalam bidang Pendidikan Ketenteraan Profesional, latihan, perkongsian ilmu serta pembangunan kapasiti.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha mengeratkan hubungan dua hala melalui pembangunan kurikulum, pensyarah jemputan, pertukaran akademik dan profesional, di samping kerjasama dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) serta dasar-dasar berkaitan. Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai bidang-bidang berkepentingan bersama termasuk emerging technology, diplomasi pertahanan dan pemikiran strategik, dengan matlamat menyokong peranan AP ABDB dalam melahirkan pegawai ABDB yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan serta menyumbang kepada objektif pertahanan yang lebih luas, termasuk Kemas Kini Kertas Putih Pertahanan 2026.
Komandan AP ABDB turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan penyertaan berterusan Amerika Syarikat dalam Kursus Maktab Turus ABDB sejak tahun 2011, di samping penglibatan terdahulu DKI APCSS kepada Kursus Maktab Turus ABDB Siri Ke-14 pada tahun 2024. Kedua-dua pihak turut menyatakan hasrat untuk meneroka kerjasama yang lebih tersusun serta saling memberi manfaat antara AP ABDB dan DKI APCSS.