Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

OFFICER CADET SCHOOL HOLDS SIGNING OF BAF 122 FOR INTAKE 25

TANAH JAMBU, Thursday, 5 February 2026 — The Officer Cadet School (OCS) held the Signing Ceremony of BAF 122 for Probationary Officer Cadets of Intake 25 at the Auditorium, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was the Commandant of DA RBAF, Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin. Also in attendance were senior officers of DA RBAF, the Defence Adviser (Malaysia), the Defence Attaché (Thailand), as well as the parents and guardians of the Officer Cadets.

The ceremony commenced with an address by the Guest of Honour, followed by the oath recitation led by a senior OCS instructor, and subsequently the signing of BAF 122. In his address, the Commandant noted that Intake 25 marks the largest intake since the establishment of OCS in 2008. 

A total of 98 Officer Cadets have commenced training, comprising 96 Probationary Officer Cadets and two International Officer Cadets from Malaysia and Thailand. One International Officer Cadet from the Republic of Singapore and one back-termed Officer Cadet from Intake 24 will subsequently join this intake, bringing the total to 100 Officer Cadets, reflecting the full training capacity of the OCS.

The Commandant underscored the Defence Academy’s commitment to developing officer cadets in military competence, discipline, integrity, resilience, and leadership, while assuring parents and guardians that the safety, welfare, and well-being of the cadets remain the Academy’s highest priority. He concluded by calling on parents and guardians to continue providing support and prayers, and encouraged the cadets to uphold discipline as a foundation, integrity as a principle and leadership as a goal.

The commissioning course spans 48 weeks across three terms, namely the Generic Term, Special-to-Service Term, and Final Term. The course is designed to develop the officer cadets’ leadership, character, and intellect in preparation for their first appointment as officers of the RBAF.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SEKOLAH PEGAWAI KADET MENGADAKAN MAJLIS MENANDATANGANI BAF 122 BAGI PEGAWAI KADET PERCUBAAN PENGAMBILAN KE-25

TANAH JAMBU, Khamis, 5 Februari 2026 — Sekolah Pegawai Kadet (SPK) telah mengadakan Majlis Menandatangani BAF 122 bagi Pegawai Kadet Percubaan Pengambilan Ke-25 bertempat di Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Komandan AP ABDB, Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan AP ABDB, Penasihat Pertahanan (Malaysia), Atase Pertahanan (Thailand), serta ibu bapa dan penjaga Pegawai Kadet.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tetamu Kehormat, diikuti dengan lafaz ikrar yang dipimpin oleh seorang jurulatih kanan SPK, dan seterusnya acara menandatangani BAF 122. Dalam ucapannya, Komandan memaklumkan bahawa Pengambilan Ke-25 merupakan pengambilan terbesar sejak penubuhan SPK pada tahun 2008.

Seramai 98 orang Pegawai Kadet telah memulakan latihan, terdiri daripada 96 Pegawai Kadet Percubaan dan dua Pegawai Kadet Antarabangsa dari Malaysia dan Thailand. Seorang Pegawai Kadet Antarabangsa dari Republik Singapura serta seorang Pegawai Kadet daripada Pengambilan Ke-24 yang dijadualkan mengikuti semula latihan akan turut menyertai pengambilan ini kemudian, menjadikan jumlah keseluruhan 100 Pegawai Kadet, sekaligus mencapai kapasiti latihan penuh SPK.

Komandan menekankan komitmen Akademi Pertahanan dalam membangunkan Pegawai Kadet dari aspek kecekapan ketenteraan, disiplin, integriti, daya tahan dan kepimpinan. Beliau juga memberi jaminan kepada ibu bapa dan penjaga bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan para Pegawai Kadet kekal sebagai keutamaan tertinggi Akademi.

Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru ibu bapa dan penjaga agar terus memberikan sokongan dan doa, serta menggalakkan para Pegawai Kadet agar menjadikan disiplin sebagai asas, integriti sebagai prinsip dan kepimpinan sebagai matlamat.

Kursus pentauliahan ini dijalankan selama 48 minggu dan merangkumi tiga penggal, iaitu Penggal Generik (Generic Term), Penggal Khusus Mengikut Perkhidmatan (Special-to-Service Term) dan Penggal Akhir (Final Term). Kursus ini direka untuk membangunkan kepimpinan, sahsiah dan intelek para Pegawai Kadet sebagai persediaan bagi pelantikan pertama mereka sebagai pegawai ABDB.