TANAH JAMBU, Monday, 27 July 2026 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), held the Academy Sergeant Major (ASM) Handover Ceremony between Warrant Officer 1 Haji Rudy Eyan Radziddillah bin Bidin, the outgoing ASM, and Warrant Officer 1 Zaul Kernain bin Mohammad Noor, the incoming ASM, at the Auditorium, DA RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a farewell address by the outgoing ASM, who expressed his sincere appreciation for the unwavering cooperation, dedication, and teamwork demonstrated by DA RBAF personnel throughout his tenure. He also reflected on the achievements accomplished during his appointment.

The ceremony continued with the signing of the Handover Certificate, followed by the ceremonial handover of the Pace Stick, symbolising the official transfer of the appointment and responsibilities of the Academy Sergeant Major of DA RBAF.

The newly appointed ASM then delivered his inaugural address, expressing his deep honour and gratitude for the trust placed in him to assume the appointment. He also conveyed his sincere appreciation to the outgoing ASM for his dedication and invaluable contributions throughout his tenure. In his address, he encouraged all personnel to remain committed to carrying out their duties and responsibilities while continuing to uphold the highest standards of discipline, professionalism, and conduct as members of the RBAF.

The ceremony concluded with the recitation of Doa Kesyukuran, followed by a group photograph involving DA RBAF personnel together with the outgoing and incoming ASMs. The event concluded with a light refreshment.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS AKADEMI SARJAN MEJAR AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

TANAH JAMBU, ISNIN, 27 JULAI 2026 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Akademi Sarjan Mejar (ASM) antara Pegawai Waran 1 Haji Rudy Eyan Radziddillah bin Bidin, selaku mantan ASM, dan Pegawai Waran 1 Zaul Kernain bin Mohammad Noor, selaku ASM yang baharu. Majlis tersebut telah berlangsung di Auditorium, AP ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada mantan ASM. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga AP ABDB, sekali gus menyumbang kepada pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh perkhidmatannya. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas, diikuti dengan penyerahan Tongkat Akademi Sarjan Mejar sebagai simbolik penyerahan rasmi jawatan dan tanggungjawab ASM AP ABDB.

ASM yang baharu kemudiannya menyampaikan ucapan sulung dengan melahirkan rasa syukur serta berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul amanah sebagai ASM AP ABDB. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan ASM atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Dalam ucapannya, beliau turut menyeru seluruh warga AP ABDB agar terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen, di samping sentiasa mengekalkan disiplin, profesionalisme dan sahsiah yang terpuji sebagai anggota ABDB.

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama warga AP ABDB, mantan ASM dan ASM yang baharu. Acara kemudiannya diakhiri dengan jamuan ringan.